|
Berikut merupakan karya puisi salah seorang sahabat saya di Universiti Malaya. Beliau cenderung menyampaikan mesej dan dakwah melalui bentuk puisi. Semoga Allah memberkati dan merahmati beliau. Selamat membaca, mendeklamasi, menghayati dan menyebarkannya. Senyum anak mujahid Senyum itu masih pudar Di bibir yang semakin bundar Menyatakan sesuatu yang sukar Dari hati yang kian tercalar... Matanya menceritakan segala-galanya Penderitaan yang tiada hujungnya Tercipta dari bara dusta Menyalakan sekam sengketa Cerita-cerita cereka diceritera Oleh sang penglipurlara Petah lidah memutar bicara Gembiranya hanya pura-pura Rajawali terbang bagai tiada arah Di kaki langit senja nan merah Menyaksikan manusia kehausan darah Kemuncak pelunasan amarah Dia masih tersenyum pudar Namun demi cinta-Nya Semangatnya semakin membara Berjuang menumpahkan darah Kerana ingin memadamkan amarah Tiada dendam dan marah Hanya menuntut janji Allah Syahid untuk al-Jannah. Hasbullah Haji Mohamed @ Hasbullah HM Universiti Malaya
|
| Leave a Comment: |