|
Sumber : http://unite.blogdrive.com Tadi saya baru selesai menyertai penyerahan MEMORANDUM TERGEMPAR Mahasiswa Menuntut Pilihanraya Kampus 2006/07 Yang Bebas dan Adil. Majlis berkenaan diselitkan dengan majlis dialog diantara hadirin yang terdiri daripada pelbagai proksi mahasiswa berkesedaran dan dikendali oleh Dato' Siva Subramaniam A/L Nagaratnam sebagai wakil kepada Pengerusi Suhakam sendiri. Terdapat 8 proksi mahasiswa yang menyertai memorandum berkenaan antaranya adalah:
1. Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (GAMIS) 2. Malaysian Youth And Democratic Movement (DEMA) 3. Kelab Rakan Islah 4. Food Not Bomb (FNB) 5. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam 6. University 7. Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa 8. Students For Pro-Democracy (Pro-DAM)
Saya selaku pemerhati dalam dialog berkenaan adalah juga merupakan salah seorang daripada aktor-aktor yang pernah mengalami dunia mahasiswa di era pilihanraya yang bebas dan telus dan juga mengalami pengalaman berada dalam dunia gelap demokrasi kampus sejak tahun 2003. Saya tidak suka menggelar kelompok politik sebagai pro kerajaan dan pro pembangkang kerana saya memandang mahasiswa adalah merupakan sebuah entiti yang matang, bebas serta mempunyai idealisme yang tersendiri serta 'isolated' daripada pengaruh dogma politikus luar yang semestinya menantikan ruang untuk membuat sedikit agenda 'recruitment'. Saya tidak menafikan sebagai manusia dan warganegara Pada hari ini saya kesal apabila jenayah demokrasi semakin menjadi-jadi dan gejala mahasiswa bacul, bodoh, pak angguk, tiada idealisme, tiada halatuju, makan suap, rendah jati diri, budaya pergantungan kepada tapak-tapak tertentu serta semakin tumpul tahap intelektual mereka. Mahasiswa kini diugut tanpa mengira apa jua latar belakang serta ada Universiti dan Kolej Universiti yang Saya kesal apabila terdapat biro pendidikan parti politik tertentu membuat penajaan latihan ilmiah, serta biasiswa kepada mahasiswa 'pointer' cemerlang yang akhirnya diserapkan dengan program 'recruitment' parti berkenaan serta digesa menjadi perwakilan pelajar. SUHAKAM sendiri berpendapat bahawa kadangkala perlantikan pengawas sekolah lebih demokratik serta ada pilihanraya yang telus. Akan tetapi musibah besar menjelma di kampus-kampus Malaysia apabila usaha uni-polarisasi kuasa politik pelajar dihasilkan serta cuba memusnahkan tradisi 'pressure group' serta budaya 'check and balance' di kalangan mahasiswa. Apakah yang masih tinggal? Hanya pak angguk yang berakademik tinggi menghiasi kerusi-kerusi perwakilan dan hal ini berlaku secara homogenous di seluruh negara. Pak angguk ini tidak akan berperah akal untuk memberi idea kepada pentadbiran universiti mahupun negara kerana mereka 'dibela', diasuh agar jangan melawan atau mengeluarkan idea yang kritikal kerana kesemuanya adalah 'ready made'. Inilah tradisi yang akan membunuh pelapis pentadbiran negara. Adakah dengan adanya perwakilan pro-student (yang lebih dikenali sebagai pro pembangkang yang radikal) akan memusnahkan agenda universiti? Adakah negara akan hancur dengan adanya group seperti ini? Jawapannya sebaliknya apabila UM kini hampir tiada langsung namanya di pementasan tahap akademik sedunia sejak agenda unipolarisasi massacre berlaku. Saya namakan sebagai 'massacre' kerana pembunuhan besar-besaran terhadap keintelektualan mahasiswa berlaku denga jelaknya serta berperancangan rapi, seterusnya dijadikan sebagai kelompok buta tuli dan pak angguk yang tegar serta amat patuh dengan 'arahan' tertentu. Kita tidak berjuang untuk menjadi radikal dan tidak mengenang budi. Semua ideologi politik cintakan negara. Semua warganegara berpolitik kerana cintakan negara. Mahasiswa berpolitik kerana cintakan kampusnya. Ideologi politik adalah normal untuk diikuti, tetapi bukan punca kepada keretakan segmen sesama mahasiswa terutama di kolej kediaman. Saya mengalami sendiri suasana dikotomi pro-pembangkang dengan pro-aspirasi kerajaan. Pengetua kolej kini juga bertindak sebagai ketua jentera Pilihanraya serta menjadikan para penyelia sehinggalah kepada tukang masak sebagai perisik dan pemantau yang dahsyat. Secara luarannya mereka ini adalah sebagai SPR kampus yang semestinya akan bertindak berat sebelah. Pilihanraya di kolej kediaman (bermula di UKM) adalah suatu perkara yang langsung tidak masuk akal. Calon-calon pro-student yang hanya memiliki 5 pencadang pencalonan terpaksa memantau hampir berbelas-belas kolej kediaman untuk meraih undi serta menilai penyelewengan yang mungkin berlaku pada peti undinya. Berbanding dengan pilihanraya di fakulti kerana mereka mudah meninjau kesemuanya kerana mereka adalah wakil fakulti mereka (fakulti mereka satu bukan berbelas-belas). Berbanding dengan wakil daripada kelompok pak angguk, mereka mempunyai beratus-ratus pejuang berani mati yang dahagakan prepaid dan disuap dengan rokok free saban malam yang tegar meninjau serta menjaga peti undi mereka disetiap kolej walaupun si penjaga itu tidak mengenali calon yang mereka jaga itu. Akibatnya bilik mesyuarat di kolej kediaman dijadikan sebagai markas atau pusat untuk si penyeleweng gunakan demi memenangkan calon mereka. Kepada mahasiswa UM yang masih muda, mereka menganggap situasi ini adalah rutin UM. Jawapannya tidak!!! UM telah berubah 180 darjah dan cukup dahsyat. Agenda perkauman mula ditiupkan apabila setiap parti perkauman mula membawa tunas-tunas mereka beraksi di pentas kampus. Akibatnya pertautan persaudaraan yang telah lama bertaut di kalangan etnik berbeza mulai renggang dan hancur. Bagi Kolej Universiti serta Universiti yang masih baru pula, politik uni-ideologi mula diperkenalkan dan kelihatannya berjaya. Mereka diasuh dan diwar-warkan sebagai pelajar cemerlang dan gemilang sedangkan hidup mereka hanya menjadi penghafal nota kuliah dan Majlis Perwakilan kampus mereka hanya seperti majlis mesyuarat RELA kampung semata-mata. Pada saya mesyuarat RELA lebih aktif dan berhasil tindakan mereka. Ramai sahabat saya yang pernah menjadi perwakilan pelajar UM, yang belajar sehingga mampu meraih pointer yang amat cemerlang, memegang 2 jawatan besar gerakan mahasiswa Malaysia, tetapi gagal meraih apa-apa anugerah dan pengiktirafan. Momokan pro pembangkang sebagai tak mengenang jasa, tidak akan dapat kerja, ortodoks serta tidak cemerlang akademik adalah salah, kerana kegemilangan mereka telah diselindungkan daripada pengetahuan umum. Tidak pernah rakan-rakan saya (yang telah bekerja) menceritakan majikan bertanyakan "adakah anda pro aspirasi?" semasa temuduga. Mereka katakan bahawa bekerja dalam jentera pilihan raya pro-HEP akan memudahkan mereka mendapat kerja dan akan mudah mengecap kemewahan. Itu adalah mustahil dan pembohongan yang amat nyata. Saban tahun, yang menjadi mangsa doktrin murahan ini adalah pelajar freshies yang mentah tuli dengan isu sebenar. Pada saya recruitment sesebuah parti adalah untuk mendapat pendokong pelapis yang tegar agenda politiknya mengikut laras-laras 'pengasuhnya'. Namun ironinya, kita melihat bagaimana si penyokong yang kini hanya menyertai jentera pilihanraya pro-HEP semata-mata untuk kekal di kolejnya, hanya inginkan duit kopi dan ingin melancong ke Dalam dialog ini, SMM menggesa agar SUHAKAM memastikan tarikh pilihanraya dianjak ke tarikh yang lebih munasabah untuk memberi ruang melaksanakan kempen dan pemberitahuan tarikh kepada semua lapisan mahasiswa. Saban tahun pemilihan yang berlaku hanya diketahui oleh penghuni kolej kediaman yang telah sedia didoktrin secara kotor. Mahasiswa yang tinggal di luar kampus akan ketinggalan dan tidak turun mengundi. Ini bukan semangat pilihanraya. Ini semangat gilakan kuasa. Saya amat kesal dengan senario yang tidak sihat ini. Moga setiap pejuang demokrasi sabar dan tabah mengahadapi ketumbukan tirani yang bertopengkan intelektual ini. Bertopengkan profesor. Teruskan bekerja. Muhammad Nuruddin Bashah President, |
| Leave a Comment: |