..:.:.:.:.:.:.:"Hidup Ini Adalah Keyakinan & Perjuangan, dan Perjuangan Mukmin Yang Sejati Tidak Akan Berhenti Kecuali Kedua Tapak Kakinya Telah Menginjak Pintu Syurga..." -Imam Ahmad Bin Hanbal-...:.:.:.:.:.:





Jerung Sakti

JERUNG SAKTI
MAHASISWA ISLAM
25 JANUARY 1986
20 TAHUN
TERENGGANU
017-2677140
Sebarang sumbangan artikel, idea dan saranan, sila hantar ke
sharkpmc@yahoo.com
   

<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30








View My Stats

[ JIHAD PENA ]
















BINGKISAN ROHANI

PEWARIS KEILMUAN

MUJAHIDAH UIA

DISKUSI HATI

PARANG TUMPUL

THE ROAD NOT TAKEN

KOLEKSI BAHAN BACAAN HARAKI

MUNAWWARAH

[ GERAKAN MAHASISWA ISLAM ]








PKPIM

[ KEBANGKITAN INTELEKTUAL ]








.:fungkur's Network:. .:fungkur's Network:.





[ BEBASKAN PALESTIN!!! ]




[ GERAKAN ISLAM MALAYSIA ]








[ CINTAILAH ULAMA ]


ULAMA SILAM

Biografi Ulama

[ BERITA SENSASI ]


HARAKAH DAILY

SUARA KEADILAN

BERITA HARIAN

UTUSAN

MALAYSIAKINI

SUARAM

[ PELUANG PEKERJAAN ]


JOBSTREET

JOBS AND MORE

KAREER

JOBMARKET

STAR JOBS

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed




Jul 1, 2006
Anak Muda Melayu Islam...Dimana silapnya?

         Pada hari ini, saya ingin menceritakan serba sedikit pengalaman saya yang merupakan salah satu kupasan yang boleh mengajak sahabat sekalian berfikir sejenak tentang permasalahan yang berlaku di sekeliling kita. Pagi semalam, saya telah menemani rakan saya pergi ke mahkamah majistret untuk menyelesaikan kes trafik, iaitu kesalahan menunggang motosikal tanpa lesen yang hidup[baca:lesen mati]. Ini adalah kali kedua saya menemani beliau ke mahkamah majistret, kerana ketika beliau menghadap mahkamah pada kali yang pertama, beliau menghadapi masalah kekurangan wang untuk membayar denda, maka kes itu telah ditangguh ke hari ini. Cuaca yang baik dan cerah pada pagi ini seolah-olah mengalu-alukan kedatangan kami untuk melapor diri di mahkamah, dan kira-kira pada pukul 9 pagi, kami tiba di mahkamah majistret, iaitu hampir sejam lewat daripada waktu yang diarahkan.

         Apabila berbicara tentang mahkamah, kita seharusnya mengetahui bahawa mahkamah merupakan tempat dimana seseorang itu mendapat keadilan berdasarkan undang-undang yang telah sedia ada. Di Malaysia, Mahkamah Persekutuan merupakan mahkamah tertinggi dan mahkamah terakhir untuk membuat rayuan. Ini kerana sistem kehakiman di Malaysia adalah terbahagi kepada dua iaitu mahkamah tinggi dan mahkamah rendah. Mahkamah-mahkamah rendah termasuklah mahkamah majistret dan mahkamah seksyen, manakala yang tinggi adalah mahkamah tinggi di Semenanjung dan Sabah dan Sarawak serta Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan. Mahkamah Persekutuan pada awalnya dikenali sebagai Mahkamah Agung tetapi digantikan selepas 24 Jun, 1994. Sistem Kehakiman di Malaysia adalah melibatkan undang-undang sivil, manakala Mahkamah Syariah pula akan mengadili perkara berkaitan dengan undang-undang Islam. Demikian lah serba ringkas tentang struktur institusi kehakiman negara kita, sebelum saya menjurus kepada beberapa cetusan seterusnya.

         Berbalik kepada cerita tadi, apabila kami tiba di mahkamah, suasana sudah agak bising kerana kelihatan agak ramai orang sudah berada di ruang luar bilik perbicaraan kes. Kami masuk dan mengambil tempat duduk di hadapan sekali, dan sementara menunggu ketibaan hakim, kami berbual tentang beberapa perkara. Saya mengambil peluang ini untuk mengamati suasana di dalam bilik perbicaraan, melihat ragam manusia yang pelbagai. Ada yang kelihatan resah, ada yang hanya berdiam diri, ada yang sedang membelek fail, dan ada juga yang sedang berurusan dengan polis. Sementara itu, barisan pendakwaraya di hadapan sedang mengatur dan menguruskan dokumen-dokumen berkaitan perbicaraan. Mereka kelihatan serius tetapi mesra berinteraksi sesama mereka, sesekali memanggil OKS(orang kena saman) datang ke hadapan. Agak lama juga sidang mahkamah menunggu ketibaan hakim, iaitu kira-kira sejam.

         ¡°Dewan, bangun!¡± seru salah seorang pendakwaraya(mungkin) berketurunan India sebagai isyarat ketibaan hakim. Kami semua berdiri sebagai tanda hormat kepada hakim, seorang wanita Melayu yang agak lawa, berumur lingkungan 25 ke 30 tahun. Perbicaraan bermula, dimana pesalah dipanggil ke hadapan dan pendakwaraya membacakan pertuduhan satu persatu, dan kemudiannya pesalah boleh mengemukakan rayuan kepada hakim untuk dipertimbangkan. Prosedur yang biasa dalam sesebuah mahkamah majistret bagi kes-kes kesalahan trafik. Dalam banyak-banyak pertuduhan, saya merasa terkesan dengan kes salah seorang tertuduh, seorang perempuan Melayu yang telah disaman kerana telah memandu kereta dalam keadaan mabuk pada waktu malam. Salina binti Ibrahim (bukan nama sebenar) datang ke mahkamah dengan berpakaian agak seksi dan semestinya tidak menutup aurat bertemankan seorang rakannya, yang juga berpakaian sealiran dengannya. Setelah pertuduhan dibacakan, hakim telah menyoal perempuan itu dengan pelbagai soalan, yang saya kira cukup tegas. Antara soalan yang masih saya ingat ialah ¡° Bagaimana kamu boleh mabuk pada malam itu? ¡±, ¡° Bukankah kamu ni orang Islam? ¡±, ¡° Selain kamu orang Islam, bukankah kamu tahu bahawa tidak boleh memandu dalam keadaan mabuk? ¡±. Apabila diajukan dengan tembakan soalan tersebut, Salina menjawab, ¡° Maafkan saya tuan hakim, saya sebenarnya telah pergi ke function kawan saya, orang Cina. Saya dipaksa minum pada malam tu. Saya menyesal dengan perbuatan saya. Harap puan dapat ringankan denda yang dikenakan.¡± Jawapannya sungguh tidak boleh diterima. Bagaimana pula dia boleh mengatakan dia dipaksa minum arak pada malam tu. Adakah kawannya telah memegang badannya, membuka mulutnya dan kemudian menuangkan arak kedalamnya, sepertimana hendak memaksa seorang bayi memakan ubat? Alasan yang tidak munasabah.

         Mungkin hakim, bahkan semua dalam mahkamah tidak boleh menerima alasannya yang tidak relevan itu. ¡° Kamu kata kamu terpaksa?¡± hakim cuba mendapatkan kepastian. ¡° Ya puan, saya terpaksa. Saya berjanji tak akan buat lagi. Ini adalah kali terakhir, saya berjanji tidak akan minum lagi. Ini adalah kali kedua, saya tidak akan ulangi lagi. ¡± ¡° Kali kedua? Maksud kamu ini adalah kali kedua kamu ditangkap atas kesalahan yang sama?¡± soal hakim lagi. ¡° Ya puan.¡± ¡° Saya masih belum nampak bahawa kamu menyesal dengan perbuatan kamu ni, sebab dari apa yang kamu cakap tadi, kamu telah pun melakukan perbuatan ni dua kali.¡± ¡°Saya betul-betul menyesal puan. Saya berjanji tak akan ulangi lagi. Saya dah serik puan. Saya mintak jasa baik puan tolonglah ringankan hukuman ni.¡± Suasana hening sebentar, dimana semua mata tertumpu pada interaksi antara Salina dan puan hakim. Pertembungan yang memberi ruang kepada hakim untuk berdakwah, walaupun kesannya mungkin tidak memberi dampak. Apapun, puan hakim tersebut telah pun melangsaikan tanggungjawab amar makruf nahi mungkar nya melalui kedudukannya sebagai pembuat keputusan. ¡°2 hari penjara dan denda sebanyak seribu ringgit¡±, putus sang hakim akhirnya.

         Apa yang menyedihkan saya ialah baru sahaja hakim mengumumkan keputusan, perempuan itu menoleh kebelakang sambil tersenyum sinis, mukanya langsung tidak menggambarkan kekesalan. Jelas bahawa sebentar tadi hanyalah drama semata-mata, iaitu bertujuan supaya denda dapat dikurangkan. Riak wajahnya mempamerkan kepuasan kerana telah berjaya memujuk hakim mengurangkan hukuman terhadapnya. Ketika itu, apa yang bermain di benak saya, ialah sejauh manakah sistem perundangan sekarang mampu menyelesaikan permasalahan jenayah? Kerana apa yang telah saya saksikan sebentar tadi, merupakan salah satu realiti bahawa manusia kini sudah TIDAK TAKUT untuk melakukan kesalahan, kerana undang-undang itu sendiri tidak mampu mengawal dan memperbetulkan mereka. Apa yang berlaku di depan mata saya sebentar tadi adalah seorang wanita Islam yang sudah begitu jauh dari Islam, tidak merasa kesal dan bersalah(dalam erti kata sebenar) apabila dibicarakan dalam mahkamah. Dia hanya akan cuba meloloskan diri dengan menampilkan lakonan drama di mahkamah. Saya termenung agak jauh memikirkan bahawa sememangnya manusia perlu kembali kepada hukum Allah, kerana ternyata sistem perundangan yang dicipta oleh manusia, tidak akan mampu menyelesaikan permasalahan manusia. Sistem pada hari ini, ternyata gagal memenuhi dan mengembalikan fitrah manusia yang pada asasnya, suka akan kebaikan. Kebaikan kini tidak dapat mengetuk jiwa-jiwa manusia, lantaran kegagalan manusia sendiri dalam mengenalpasti saluran yang tepat. Islam sejak dahulu lagi, merupakan saluran yang tepat untuk memimpin manusia ke arah kebenaran dan kebaikan, kerana kedatangan Islam adalah menepati fitrah manusia itu sendiri

         Mungkin satu persoalan yang perlu difikirkan bersama iaitu mengapakah manusia pada hari ini sudah tidak takut lagi kepada Penciptanya? Adakah memang sudah ditakdirkan bahawa umat Islam di akhir zaman ini merupakan umat yang rosak hubungannya dengan Allah? Segalanya berbalik semula kepada hakikat bahawa manusia pada hari ini tidak mengenali diri mereka dan juga Pencipta mereka. Mereka mungkin mengetahui serba sedikit tentang Islam dari perspektif adat kerana menganggap Islam itu adalah agama bagi orang Melayu, maka mereka menganggap kemasukan mereka pada Islam adalah kerana faktor mereka adalah orang Melayu, seterusnya tiada rasa kecintaan dan penghargaan mereka bahawa Islam adalah agama yang syumul. Perasaan ini kemudiannya apabila diadun dengan faktor kurangnya penekanan tentang nilai-nilai Islam oleh ibu bapa menyebabkan Islam pada pandangan mereka, adalah suatu agama yang hambar dan tidak memberi apa-apa kesan terhadap perubahan hidup mereka. Islam lebih dilihat sebagai suatu label kepada mereka, yang membezakan antara mereka dengan kaum-kaum yang lain. Ditambah lagi dengan asakan oleh sekeliling, baik media massa mahupun saluran lain, menyebabkan mereka menganggap Islam itu tidak lebih dari satu item yang hanya berguna sebagai pengenalan diri dan bangsa, atau sekadar diperlukan untuk mengisi borang-borang.

         Berdasarkan pengamatan saya, dalam konteks di Malaysia, saya melihat bahawa ruang untuk mempromosikan keindahan dan kesyumulan Islam amat terhad, dan jika ada pun, adalah sekadar melepaskan batuk di tangga. Penyiaran rancangan-rancangan televisyen berunsurkan islamik hanyalah diolah dalam bentuk yang terlalu moderate sehingga menenggelamkan keberkesanan mengetuk jiwa-jiwa manusia. Format yang agak lapuk, konvensional ini membuatkan ianya hanya sesuai untuk golongan tua, sedangkan jiwa-jiwa muda ini tidak berselera untuk sekurang-kurangnya meluangkan setengah jam pun untuk mendengar tajuk yang dikupas. Inilah yang saya maksudkan sebagai melepaskan batuk di tangga. Kerana itulah saya menganggap bahawa telah menjadi suatu keperluan yang mendesak untuk mahasiswa Islam memenuhi kelompangan ini, dengan menceburi bidang penyiaran media, supaya dakwah Islamiyah dapat direncanakan melalui platform yang berkaitan. Biarlah mereka yang sedar diri menggantikan tempat golongan yang tak sedar diri ini yang hanya menambah barah dalam permasalahan sosial semasa.

         Baru-baru ini saya telah menghadiri suatu kuliah maghrib yang disampaikan oleh Al Fadhil Al Ustaz Masridzi bin Sat, Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Selangor (PERKID). Beliau merupakan seorang pendakwah yang amat berpengalaman, iaitu hampir 15 tahun menceburi bidang dakwah secara aktif. Beliau telah menceritakan serba sedikit pengalaman beliau dalam arena ini, sebagai suatu ketukan kepada hadirin bahawa usaha dakwah ini bukanlah suatu omongan kosong, bahkan sebagai suatu sintesis terhadap teori-teori yang selama ini membeku didalam kepala. Beliau menyelar kebanyakan kita, yang tidak mahu turun padang, menyingsing tangan menangkis serangan akidah yang dilancarkan kepada kelompok anak muda Malaysia, sebaliknya hanya terperuk di kampus, sedangkan disekeliling kita terlalu ramai sasaran dakwah yang begitu dahagakan belaian insan yang boleh memimpin mereka ke jalan kebenaran. Mereka perlukan bimbingan, bukannya labelan dan disisih dari masyarakat. Apabila kita menganggap mereka sebagai orang-orang yang tersalah langkah, dan bukannya golongan fasik, maka sebenarnya kita telah membuka suatu pintu interaksi harmoni antara kita dan sasaran, bukannya satu tempelakan kepada sasaran, yang hanya akan membuatkan mad'u kecil hati dan merajuk dengan sikap pendakwah. Terlalu banyak bongkaran yang dibuat oleh Ustaz Masridzi untuk diceritakan, namun apa yang pasti, masih terdapat tembok besar China antara pendakwah dan sasaran dakwah yang perlu dipecahkan. Serangan akidah makin bertambah, apakah kita mahu disengagement juga bertambah?

         Senario yang saya perlihatkan kepada sahabat pada awal penulisan tadi, merupakan suatu pencetus untuk kita berfikir, bahawa keterhakisan identiti bangsa Melayu sebagai kaum utama yang sinonim dengan Islam telah berada di tahap yang amat membimbangkan. Nilai dan jatidiri telah beransur hilang, yang tinggal hanyalah Islam di kad-kad pengenalan, borang biodata diri dan pelbagai borang lain. Pada hari ini kita akan melihat hilangnya malu manusia untuk melakukan perbuatan yang bertentangan dengan Islam, dan dalam masa yang sama, mengaku bahawa mereka adalah Muslim. Pelik bukan? Inilah realiti.

         Saya pasti, bukanlah sekali dua hakim menyelesaikan kes kesalahan trafik disebabkan memandu dalam keadaan mabuk, bahkan mungkin hakim telahpun menyaksikan lambakan anak muda MELAYU ISLAM yang dihadapkan atas kesalahan yang sama. Saya juga pasti bukan sedikit anak muda MELAYU ISLAM yang ditemui krew Edisi Siasat dan Bongkar di ceruk-ceruk lorong mati dan di pusat-pusat hiburan dan pelacuran. Sedangkan kita mahasiswa Islam masih lagi mementingkan diri sendiri di kampus, kononnya tugas mereka hanyalah belajar, dan bukannya berinteraksi dengan permasalahan sekeliling. Sudahlah tidak membantu, malah masih lagi menyokong kelompok mahasiswa yang membawa doktrinisasi hedonisme melampau, dengan alasan bahawa menyokong kelompok yang memperjuangkan Islam di kampus hanya akan menyebabkan hilangnya tempat di kolej kediaman, dilabel, dicop sebagai pembangkang dan sebagainya. Begitulah kejayaan sistem kapitalisme dalam membentuk robot-robot yang tidak berhati perut, mementingkan diri sendiri, materialisme dan perut semata-mata. Hilangnya semangat jihad untuk mempertahankan kesucian akidah kerana dunia ini telah menenggelamkan mereka daripada berfikir untuk Islam tercinta.

Adakah anda juga mahu tergolong dalam golongan ini? Fikir-fikirkanlah.


¡° Selamat Menjiwai dan Berfikir¡±


Jerung Sakti

Seksyen 14 Petaling Jaya

1 Julai 2006

4.00 petang


Posted at 01:05 am by Jerung Sakti
Make a comment  

Jun 27, 2006
Mahasiswa kini pasca Reformasi 1998: Suatu analisa kasar

Oleh: Parang Tumpul

 

Tulisan saya ini adalah bertujuan untuk menyediakan garis panduan kasar terhadap perbincangan tentang analisa mahasiswa kini. Memandangkan ianya hanya analisa kasar, makanya suatu perbincangan yang lebih mendalam adalah perlu supaya analisa yang dibuat adalah lebih halus dan tuntas. Bersesuaian dengan sifatnya yang kasar dan umum, makanya tulisan ini bukanlah merupakan suatu tulisan yang didasari oleh fakta-fakta ilmiah santifik dengan kajian dan data-data yang impirikal. Ia hanya merupakan suatu pemerhatian kasar terhadap lanskap aktivisme politik anak-anak muda khususnya aktivisme politik kampus. Sebelum kita melakukan analisa, eloklah kiranya kita menoleh sebentar ke belakang untuk meninjau secara ringkas perkara-perkara yang melatari analisa terhadap mahasiswa paska-reformasi ini.

Reformasi merupakan suatu kebangkitan rakyat yang meletus secara spontan dan tidak tersusun, samada secara organisasinya, strateginya ataupun inti intelektualnya. Ianya meletus hasil daripada ketidakpuasan hati rakyat terhadap pemecatan Anwar Ibrahim daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri. Walaupun terdapat sisi-sisi yang serba kekurangan di dalam gerakan reformasi ini, namun yang jelas ianya telah meradikalisasikan sebahagian besar anak-anak muda dan mahasiswa yang ada pada waktu itu. Kesannya dapat kita rasakan hingga sekarang apabila gerakan reformasi sering dijadikan batu tanda atau sumber rujukan kepada gerakan-gerakan mahasiswa dan anak muda sekarang ini.

 

Namun begitu bukan sahaja mahasiswa dan anak muda yang terasa kesannya tetapi juga pihak kerajaan Barisan Nasional (BN) turut merasa terpanggang oleh bahang panasnya api reformasi ini. Sokongan dan dukungan mahasiswa serta anak-anak muda terhadap BN semakin merosot dan berkurangan. Justeru itu, sokongan dari mahasiswa serta anak-anak muda ini harus diraih dan direbut kembali. Dan untuk menawan kembali sokongan dan dukungan anak-anak muda ini pelbagai tindakan yang strategik harus dilaksanakan dengan menjurus kepada penyusunan semula kelompok-kelompok anak muda dan mahasiswa di seluruh Malaysia ini. Dengan kuasa, modal dan jentera yang ada kerajaan Barisan Nasional telah melancarkan gerakan yang sistemetik untuk menawan kembali kelompok mahasiswa dan anak muda ini.

 

Antara tindakan yang telah dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional ialah menafikan hak mengundi 680,000 orang-orang muda di dalam pilihanraya 1999, menubuhkan puteri dan putera UMNO, membangunkan skim-skim keusahawanan muda (untuk putera dan puteri UMNO khususnya), membentuk organisasi-organisasi kelas professional muda dan kelas menengah melayu muda, melaksanakan program latihan khidmat negara, menstrukturkan semula program-program Biro Tatanegara (BTN), melantik TNC-TNC yang akan bermati-matian mengukuhkan kekuatan BN di setiap universiti, melaksanakan akujanji, mewajibkan pengundian untuk setiap mahasiswa kampus, melakukan ugutan, menjalankan pilihanraya kampus yang berat sebelah dan tidak demokratik dan pelbagai-bagai lagi tindakan-tindakan lainnya untuk memastikan dominasi total terhadap kelompok-kelompok anak muda terutamanya kelompok mahasiswa di kampus-kampus universiti.

 

Hasilnya pada pilihanraya umum 2004 yang lepas undi orang-orang muda untuk Barisan Nasional telah meningkat dan BN telah mencapai kejayaan cemerlang di hampir setiap kerusi yang dipertandingkan di seluruh negara dengan Terengganu berjaya dirampas kembali dari PAS dan Kelantan hampir-hampir tumbang. Begitu juga pada pilihanraya kampus 2005 tahun lepas, kelompok-kelompok mahasiswa pro-kerajaan Barisan Nasional telah menguasai semua kampus-kampus universiti di seluruh Malaysia.

 

Setelah puluhan tahun kelompok-kelompok mahasiswa yang dilabel “anti-establishment?(selepas ini disebut gerakan mahasiswa Islam) yang ditunjangi oleh Persatuan-persatuan Mahasiswa Islam (PMI) ini menguasai kepimpinan kampus di seluruh Malaysia, akhirnya pada tahun lepas mereka tumbang dan tersungkur, bukan di satu dua universiti, malahan di seluruh universiti yang ada di Malaysia ini! Di sini kita dapat melihat betapa mudahnya kelompok gerakan mahasiswa Islam ini ditundukkan iaitu dalam tempoh masa yang kurang dari 5 tahun selepas reformasi 1998. Fenomena perubahan politik di kalangan mahasiswa yang berlaku secara mendadak dengan jangkawaktu yang sangat singkat ini wajib dikaji dan dianalisa.

 

Untuk memahami perubahan politik yang berlaku itu, eloklah kiranya kita membuat analisa ringkas terhadap mahasiswa itu sendiri dan keadaan mereka sekarang ini. Untuk diskusi kali ini tidak perlulah untuk kita membuat analisa tentang undang-undang menindas, AUKU, pilihanraya yang tidak adil, telus dan demokratik, TNC, HEP, jentera-jentera pentadbiran universiti, politik wang, rasuah, ugutan universiti dan sebagainya kerana perkara-perkara ini sudah pun kita ketahui. Oleh itu untuk diskusi pada hari ini, elok kita tumpukan hanya kepada diskusi tentang analisa warga mahasiswa itu sendiri.

 

Pada pandangan saya masyarakat mahasiswa secara kasarnya dapat kita bahagikan kepada 3 kelompok utama. Kelompok yang pertama ialah kelompok yang pro-kerajaan BN dan pada anggaran saya mereka ini hanya dalam sekitar 10% sahaja dari keseluruhan populasi kampus. Kelompok yang kedua ialah kelompok gerakan mahasiswa Islam yang majoritinya terdiri daripada mahasiswa-mahasiswa yang berorientasikan Islam yang juga merupakan sayap mahasiswa untuk organisasi Islam luar universiti seperti PAS, ABIM dan JIM dengan anggaran jumlah 15% daripada jumlah keseluruhan populasi kampus. Dan kelompok yang ketiga ialah kelompok mahasiswa yang “tak kisah? “tak peduli? “kaki enjoy? “kaki studi?dan mereka ini saya anggarkan merangkumi 75% dari jumlah populasi kampus.

 

Sebelum kita menganalisa satu persatu ketiga-tiga kelompok mahasiswa yang wujud di universiti-universiti ini, eloklah juga jika sekiranya kita menganalisa secara umum situasi mahasiswa kini.

 

Agak sukar untuk menganalisa mahasiswa hari ini tanpa melihat secara keseluruhan proses pendidikan yang dilaluinya sejak dari kecil terutamanya sistem persekolahan rendah dan menengah yang ditempuhi sebelum mereka memasuki universiti. Lahirnya karektor, ciri-ciri, perwatakan, kecenderungan dan pemikiran mahasiswa kini sangat dipengaruhi oleh proses sosialisasi persekolahan rendah dan menengah serta lingkungan sosial mereka. Untuk membuat penilaian dan analisa terhadap sistem persekolahan mereka tentulah akan mengambil masa yang panjang dan mungkin tidak cukup lengkap untuk dihuraikan di dalam tulisan ini. Cukuplah jika sekiranya kita merumuskan bahawa sistem pendidikan awal pra-universiti (rendah dan menengah) yang ditempuhi oleh mahasiswa-mahasiswa kini adalah suatu sistem pendidikan yang tidak menggalakkan pelajar menjadi manusia yang berfikiran kritikal.

 

Sistem pendidikan yang berbentuk sehala, mengikut tanpa soal, hanya menyalin nota tanpa proses perbincangan kritikal, tiada proses dialog dan engagement guru-murid, tiada proses untuk melahirkan kreativiti dan inovasi dalam berfikir, menyuap maklumat dan menghafal serta memuntahkan semula ke dalam peperiksaan, penumpuan akademik semata-mata tanpa menghubungkannya dengan realiti kehidupan sebenar di luar, pertanyaan-pertanyaan yang sukar tidak digalakkan, perbezaan pandangan tidak dibenarkan; pendek kata sistem pendidikan yang mereka tempuhi selama 10 tahun itu hanyalah menghasilkan pelajar-pelajar yang tumpul otak. Mereka mungkin cemerlang di dalam peperiksaan akademik mendapat 20 A dan sebagainya tetapi hakikat yang wujud di universiti-universiti sekarang ini ialah mereka tidak punya keupayaan berfikir secara kritikal.

 

Kerana itu mahasiswa yang wujud di universiti sekarang ini adalah juga hasil daripada kesinambungan suatu sistem pendidikan awal yang banyak kelemahannya. Dan ini ditambah pula dengan perubahan masyarakat yang berlaku dengan pantas hasil dari perkembangan ekonomi kapitalisme yang pesat yang melahirkan pula nilai-nilai baru yang tak terjawab oleh sistem pendidikan yang sedia ada kini. Nilai-nilai baru yang sudah pun menjadi budaya masa kini seperti konsumerisme, materialisme, hiburanisme, self-centred dan individualisme (akibat perkembangan ekonomi super-kapitalisme yang wujud sekarang ini) turut memberi pengaruh yang besar dalam mencorakkan karektor, ciri-ciri, perwatakan, kecenderungan dan pemikiran mahasiswa-mahasiswa masa kini.

 

Perkembangan ekonomi tahap super-kapitalisme sekarang ini jugalah yang mendorong kepada pengkomoditian pendidikan di mana universiti dikoporat dan diswastakan. Atau dengan kata lain pendidikan sepertimana kereta, ikan kembung, jeans levis, handfone nokia adalah bahan komoditi yang diperdagangkan untuk meraih keuntungan semaksima mungkin. Apa yang wujud sekarang ini ialah tiada lagi pendidikan di peringkat kolej atau universiti yang percuma, tidak seperti di tahun-tahun 70an dahulu atau ditahun 80an dan 90an dimana wujud pinjaman boleh ubah. Semuanya harus dibayar dengan biaya yang mahal. Untuk menamatkan pengajian dan mendapatkan segulung ijazah seseorang mahasiswa itu harus membayar antara RM25,000 ?RM50,000 yang didahulukan (atau diikat) oleh kerajaan melalui skim pinjaman pendidikan. Beban hutang pendidikan ini telah melahirkan rasa takut di kalangan ramai mahasiswa-mahasiswa untuk bergiat aktif di dalam kegiatan-kegiatan yang bersifat politikal.

 

Dengan beban hutang yang sebegitu besar ianya juga memberi tekanan kepada ramai mahasiswa untuk tidak menghampakan harapan ibu-bapa dan keluraga mereka kerana jika sekiranya mereka dibuang universiti kerena terlibat di dalam aktiviti-aktiviti politikal, selain dari menanggung malu, keluarga dan ibu-bapa merekalah nanti yang perlu menanggung beban hutang tersebut. Tekanan keluarga dan tekanan hutang pendidikan yang terhasil dari pengkomoditian pendidikan di peringkat universiti turut mempengaruhi perwatakan dan pemikiran mahasiswa kini. Dan pastinya pula bayaran untuk universiti swasta adalah lebih mahal dan beban hutangnya pula lebih parah (kerana itu hampir tidak ada kita dengar tentang aktivisme politik dilingkungan mahasiswa-mahasiswa universiti atau kolej swasta).

 

Pengkomoditian pendidikan universiti sebagai suatu perniagaan yang berorientasikan keuntungan telah juga menyebabkan kemasukan pelajar-pelajar baru ditambah, course-course baru diperkenalkan, tempoh pengajian dipendekkan, yuran-yuran baru diwajibkan dan pelbagai inisiatif lain untuk menambah keuntungan universiti. Lebih pendek tempoh pengajian, semakin kurang perbelanjaan yang perlu ditanggung oleh universiti. Lebih pendek tempoh pengajian, lebih ramai dan lebih segera pelajar baru dapat dimasukkan. Lebih ramai pelajar masuk, lebih banyaklah juga wang masuk ke kantung perniagaan universiti. Walaubagaimana pun penambahan pelajar-pelajar universiti ini tidak pula seiring dengan penambahan kemudahan-kemudahan dan fasiliti-fasiliti di dalam universiti. Ini tidaklah menghairankan kerana apabila pendidikan telah menjadi komoditi perdagangan untuk meraih keuntungan, pastilah pembinaan lebih banyak fasiliti dan kemudahan hanya akan menambah perbelanjaan universiti (baca: mengurangkan keuntungan universiti).

 

Pelajar bertambah tetapi kemudahan dan fasiliti universiti (seperti kelas, asrama, lab, komputer dan sebagainya) tak bertambah serta tempoh pengajian yang dipendekkan menjadikan jadual kuliah seseorang mahasiswa itu sentiasa sibuk dan padat dimana kelas pada waktu malam dan pada hari minggu sekarang ini adalah suatu perkara yang biasa dan diterima oleh setiap mahasiswa walaupun pada 5-6 tahun lepas kelas-kelas di waktu-waktu yang tak munbasabah seperti sekarang ini tidak pernah pun wujud. Dan ada universiti di Malaysia ini yang menjalankan kuliahnya di padang rumput dan di stadium! Ini belum ditambah dengan pelbagai assignment, thesis, homework, kajian, praktikal dan sebagainya yang memenuhi jadual harian seorang mahasiswa pada hari ini. Jadual harian yang sentiasa sibuk dan padat juga menyebabkan lebih banyak tekanan yang harus mereka hadapi untuk menyelesaikan kuliah mereka supaya harapan ibu-bapa dan keluarga dapat mereka tunaikan serta hutang pendidikan yang berjumlah puluhan ribu itu dapat mereka bayar kembali setelah mereka “berjaya?memperolehi ijazah dan mendapat kerja yang baik.

 

Dengan jadual kehidupan mahasiswa kini yang padat dan ketat ditambah pula dengan tekanan-tekanan kewangan dan sosial, maka tidak hairanlah semakin lama semakin kurang mahasiswa yang aktif di dalam kegiatan-kegiatan aktivisme mahasiswa yang bersifat politikal. Dan pastilah dengan tekanan-tekanan yang sebegitu rupa, lebih ramai mahasiswa yang bergiat aktif di dalam aktiviti-aktiviti yang dapat meringankan tekanan seperti aktiviti seni, budaya, teater, rekreasi, sukan, hiburan dan aktiviti ringan yang lain.serta menjauhkan diri mereka dari terlibat di dalam apa sahaja aktiviti yang berisiko yang membolehkan mereka dibuang atau digantung asrama, kolej dan universiti.

 

Begitulah secara umumnya gambaran kasar tentang mahasiswa kini. Walaubagaimana pun gambaran di atas hanyalah hasil dari pemerhatian secara kasar semata-mata tanpa kajian yang saitifik dengan sokongan data-data impirikal. Dari analisa umum ini, marilah pula kita bergerak sedikit ke hadapan untuk menganalisa satu persatu kelompok-kelompok mahasiswa yang telah saya bahagikan kepada 3 kelompok utama di bahagian awal tulisan saya tadi. Ketiga-tiga kelompok ini pastilah mempunyai karektor-karektor dan kecenderungan serta pemikiran yang berbeza pula.

 

Bagi kelompok mahasiswa yang pro-kerajaan, walaupun jumlah mereka kecil tetapi mereka mendapat sokongan dan dukungan daripada TNC, HEP dan pihak pentadbiran universiti. Memandangkan pada pilihanraya universiti baru-baru ini mereka telah berjaya menguasai struktur kepimpinan kampus, ini bermakna akses terhadap fasiliti kampus dan juga akses kepada mahasiswa adalah lebih mudah. Ruang untuk mereka bergerak dan mendekati mahsiswa di peringkat akarumbi juga lebih luas. Penguasaan penuh terhadap struktur kepimpinan di universiti membolehkan mereka untuk meletakkan orang-orang mereka sendiri di tingkat kepimpinan di pelbagai persatuan, kolej dan fakulti yang ada di universiti. Tambahan pula dengan sokongan daripada pihak pentadbir universiti, TNC dan HEP, mereka terkecuali daripada menerima tekanan, ugutan dan penindasan. Kemungkinan besar juga usaha-usaha mereka untuk mengadakan program dan aktiviti untuk mahasiswa lebih mudah untuk diluluskan.

 

Begitu juga dengan hal-hal kebajikan mahasiswa lebih mudah untuk ditimbang oleh pihak pentadbiran universiti jika mereka yang membawanya. Dengan ruang, akses, fasiliti, kemudahan dan sokongan dari pihak pentadbir, secara kasarnya kelihatan kelompok mereka ini mempunyai potensi yang besar untuk mempengaruhi sebahagian besar dari masyarakat mahasiswa untuk menyokong mereka. Secara perwatakan pula mereka ini lebih cenderung aktif di dalam persatuan-persatuan kampus atau aktiviti-aktiviti yang berorientasikan rekreasi, seni, budaya, sukan, hiburan dan sedikit sebanyak program-program ilmiah yang dikawal isinya oleh pihak universiti. Sebahagian besar dari mereka adalah mahasiswa Melayu tetapi mereka juga mempunyai hubungan kerjasama dengan persatuan-persatuan mahasiswa bukan Melayu (Cina dan India) yang juga cenderung pro-BN.

 

Kemungkinan keberpihakan mereka kepada kerajaan adalah kerana mereka melihat cara yang terbaik dan efektif untuk memperjuangkan kebajikan mahasiswa ialah melalui jalan rundingan dan kerjasama dengan pihak pentadbir universiti yang tentunya mendukung aspirasi Kerajaan BN. Kemungkinan juga mereka (terutamanya pimpinan-pimpinan) bersikap pro-kerajaan kerana melihat peluang-peluang politik (di dalam UMNO khususnya) atau ekonomi (pekerjaan dan karear) yang mungkin lebih mudah untuk mereka perolehi selepas tamat pengajian jika sekiranya mereka menyebelahi pihak kerajaan.

 

Tidak kurang juga yang menyertai kelompok mahasiswa pro-kerajaan ini kerana habuan-habuan yang berupa material seperti jawatan, trip ke dalam dan luar negeri, projek-projek kecil, makan-makan besar di restoren atau hotel, penginapan di asrama yang lebih mewah, peluang untuk berjumpa tokoh-tokoh UMNO dan kerajaan, handfone, wang poket untuk kerja-kerja pilihanraya dan pelbagai habuan-habuan material yang lainnya. Pendek kata, perjuangan mereka tidak bersandarkan kepada suatu ideologi atau kepercayaan yang kukuh, yang menjadi sandaran mereka ialah habuan material semata-mata baik kuasa, jawatan, karear masa hadapan, kemewahan, wang ringgit atau pun sebuah handfone nokia yang berkamera!

 

Secara kasarnya kelompok mahasiswa ini berfikiran UMNO dan mewarisi perangai, tabiat dan tingkahlaku UMNO. Keupayaan intelektual mereka sangat terbatas sekali. Hujah-hujah mereka lemah dan tidak meyakinkan. Pemikiran mereka tertutup, tidak kritikal dan cenderung dogmatik serta sukar untuk mereka menerima pandangan-pandangan lain. Jika mereka dikemukakan dengan idea atau hujah yang berlawanan dengan pandangan mereka, biasanya mereka terus menolak hujah tersebut tanpa memikir dan menghalusinya secara rasional.

 

Walaupun tahap pemikiran dan keupayaan intelektual mereka rendah tetapi memandangkan majoriti dari masyarakat mahasiswa itu sendiri juga telah mandul fikirannya (akibat dari suatu sistem pendidikan yang juga mandul), maka dengan sebab itulah mudah untuk mereka menguasai kepimpinan kampus tanpa saingan (di tambah pula mereka disokong penuh oleh pihak pentadbir universiti beserta dengan jentera-jenteranya).

 

Manakala kelompok yang kedua pula iaitu kelompok mahasiswa gerakan Islam (yang sering dilabelkan sebagai “anti-establishment? tidak kurang juga lemahnya. Sepertimana halnya dengan kelompok mahasiswa pro-kerajaan BN, kelompok mahasiswa gerakan Islam ini juga secara umumnya berfikiran tertutup, cenderung dogmatik dengan keupayaan intelektual yang terbatas serta sukar untuk menerima pandangan-pandangan lain walaupun pandangan-pandangan lain itu mungkin lebih rasional. Kelompok mahasiswa ini yang sebenar-benarnya adalah cawangan-cawangan di dalam universiti kepada PAS, ABIM dan JIM.

 

Memandangkan mereka sudah terlalu lama hidup di dalam suatu sistem gerakan Islam yang feudal, dogmatik, tidak demokratik dan tiada toleransi terhadap perbezaan pandangan ditambah pula dengan puluhan tahun bergantung dengan idea-idea, syallabus-syallabus, pandangan dan pemikiran bapak-bapak mereka (PAS, ABIM dan JIM), menyebabkan mereka telah kehilangan kemandirian untuk berfikir secara kritikal dan bergerak secara kreatif dan inovatif. Fikiran mereka tumpul baik dari segi idea pemikiran mahu pun strategi gerakan. Kelemahan mereka dengan jelas terbongkar apabila pihak universiti mewajibkan setiap mahasiswa turun mengundi.

 

Sebelum ini apabila mahasiswa tidak diwajibkan mengundi, mereka dengan mudah memenangi setiap pilihanraya kampus yang diadakan. Mudah untuk mereka menang kerana kelompok-kelompok mereka sahajalah yang turun mengundi manakala sebahagian besar lagi tidak peduli langsung terhadap pilihanraya kampus ini. Tetapi apabila mengundi diwajibkan ke atas setiap mahasiswa, barulah mereka sedar tinggi rendahnya langit ini. Bukan sahaja terbongkar kelemahan mereka, tetapi juga terburai kenyataan bahawa yang sebenarnya mereka tidak begitu disukai oleh sebahagian besar masyarakat mahasiswa yang lain. Dengan hanya 15% daripada jumlah masyarakat mahasiswa, logiknya tidak akan mungkin mereka akan dapat merebut kembali struktur kepimpinan kampus selagi setiap mahasiswa diwajibkan turun mengundi!

 

Dengan posisi mereka yang sekarang ini hampir tiada kedudukan di dalam struktur kepimpinan kampus, masa depan mereka semakin malap dan gelap. Bukan sahaja kelompok mereka tidak disukai oleh mahasiswa-mahasiswa lain tetapi juga ruang dan akses terhadap fasiliti dan kemudahan kampus serta akses terhadap mahasiswa akarumbi juga telah hampir-hampir tertutup kecuali mungkin di UIA atau di fakulti-fakulti pengajian Islam semata-mata. Di tambah pula dengan penutupan segala macam ruang, penindasan, ugutan dan tekanan yang harus mereka hadapi dari pihak pentadbir universiti dan jentera-jenteranya, peluang untuk mereka merebut kembali kekuasaan di kampus amatlah kabur sekali. Walaupun begitu, pada pandangan saya mereka tidak seharusnya menyalahkan pihak pentadbiran Universiti, HEP dan TNC semata-mata. Sebaliknya, lebih elok mereka mencermin diri sendiri, merenung dan menganalisa kembali diri mereka dengan melakukan kritik-diri.

 

Secara peribadi saya melihat kelompok mahasiswa gerakan Islam ini sebagai suatu kelompok mahasiswa yang bersifat sektarian dan eksklusif. Sektarian di sini membawa maksud mereka hanya bergaul, beraktiviti dan bergerak bersama-sama mereka sahaja. Mereka mungkin ada membuat jaringan dengan kelompok-kelompok bukan Melayu/Islam yang lain yang juga dilabel “anti-establisment?tetapi hubungan mereka hanyalah bersifat superfisial. Hubungan mereka hanyalah setakat mengadakan aktiviti demontrasi bersama, menyertai forum bersama atau membuat petisyen bersama tetapi tidak ada hubungan yang bersifat pemikiran yang lebih dalam dijalin dengan kelompok-kelompok bukan Melayu/Islam ini.

 

Manakala eksklusif pula membawa maksud tidak ada kepelbagaian fikiran dan kepelbagaian orang di dalam kelompok mereka. Mereka eksklusif orang-orang yang berfikiran dan berperwatakan Islamik ala-PAS, ABIM atau JIM semata-mata. Tahap toleransi dan penerimaan mereka terhadap kelompok-kelompok mahasiswa yang lain terutamanya yang “tak peduli?“tak kisah?“kaki enjoy?dan “kaki party?adalah sangat rendah. Mereka memandang kelompok-kelompok mahasiswa seperti ini sebagai rosak akhlak dan tidak bermoral.

 

Lantaran itu mereka mengambil sikap untuk tidak cuba merapati dan memahami. Kalau mereka rapati pun tujuan mereka adalah untuk mendakwah kelompok-kelompok ini menjadi seperti mereka. Kepelbagaian cara hidup dan gaya hidup manusia tidak ada di dalam kamus fikiran mereka. Kalau boleh mereka mahu semua manusia Melayu-Islam semuanya seragam seperti mereka semata-mata atau dari hujung rambut sampai hujung kaki –sepesen dengan mereka. Inilah sifat sektarian dan eksklusif yang saya perhatikan wujud dengan berleluasa di kalangan kelompok-kelompok mahasiswa gerakan Islam ini. Kesan dari sikap mereka yang tidak mahu menerima kepelbagaian gaya hidup ini dan tindak tanduk mereka yang memusuhi kelompok yang mempunyai pandangan hidup yang berbeza menyebabkan mereka tidak begitu disukai oleh kelompok-kelompok mahasiswa lain.

 

Tindakan memprotes konsert-konsert, menjadi polis moral di kampus, penjaga aurat manusia, obses untuk menutup tubuh wanita dan sebagainya telah menjauhkan mereka daripada masyarakat mahasiswa yang lain. Sikap mereka ini sebenarnya terhasil dari ketidakupayaan mereka untuk memahami perubahan-perubahan yang berlaku dengan pesatnya di dalam masyarakat sekarang ini. Mereka beranggapan bahawa masyarakat masih lagi di tahun 80an (tahap tertinggi pencapaian gerakan Islam dan tak akan mungkin akan tercapai lagi selepas ini) sedangkan lebih 20 tahun sudah berlalu dan asas-asas serta nilai-nilai masyarakat telah pun berubah dengan kepesatan ekonomi yang berlangsung.

 

Ketakutan terhadap perubahan-perubahan yang sedang berlaku pesat ini tidak ditanggapi dengan analisa yang kritis dan mendalam sebaliknya direspon dengan penolakan terus tanpa perbahasan yang rasional dan teliti. Ini tidaklah menghairankan kerana kelompok ini juga malas membaca. Bahan-bahan bacaan yang mereka ulang baca masih lagi bahan-bahan bacaan lama tahun 60an terbitan Pustaka Salam dan Pustaka Fajar dengan Hassan al-Banna, Fathi Yakan, Said Hawwa, Said Qutb masih menjadi sumber rujukan tersohor yang tak boleh dikritik langsung sedangkan sekarang ini sudah tahun 2006, lebih 40 tahun sudah berlalu yang mana permasalahan-permasalahan yang wujud pada hari ini tentulah juga berbeza. Dengan perubahan-perubahan baru yang terjadi, analisanya juga tentulah berbeza tetapi bagi kelompok-kelompok mahasiswa gerakan Islam ini mereka masih tetap berpegang kepada buku-buku lama dan dogmatik pula terhadap idea-ideanya yang tak boleh dicabar langsung.

 

Kerana itu idea-idea dan pandangan-pandangan di tahun 60an itu sampai sekarang masih mereka usung dan jaja walaupun konteks keadaan masyarakat sudah jauh berbeza. Ketidaupayaan mereka untuk menyesuaikan diri dan pemikiran dengan perubahan yang berlaku menyebabkan kelompok mahasiswa gerakan Islam ini semakin ketinggalan dan dipinggirkan, semakin lama kelompok mereka menjadi semakin kecil. Ini terbukti dengan pilihanraya kampus baru-baru ini di mana mereka tersungkur jatuh di seluruh universiti di Malaysia ini. Begitu juga dengan proses penambahan anggota baru (rekrutment) yang semakin lama semakin kecil jumlahnya dan semakin sukar pula.

 

Sepertimana dengan kelompok mahasiswa pro-kerajaan, kelompok mahasiswa “anti-establisment?ini juga tidak mempunyai pemikiran yang terbuka, tidak kritikal, tahap keupayaan intelektual yang rendah, sangat dogmatik dan cenderung untuk menolak idea-idea lain yang dilihat bertentangan dengan pandangannya atau pandangan bapak-bapak mereka (PAS, ABIM dan JIM). Proses untuk menganalisa dan menghalusi secara rasional pandangan-pandangan yang berbeza hampir tidak ada sama sekali. Ini mungkin hasil dari sifat dogmatiknya yanglahir dari suatu sistem yang feudal dan tidak demokratik dan tidak membenarkan perbezaan pandangan atau mungkin juga hasil dari malas membaca dan malas mencari jawapan-jawapan baru (mungkin sudah berpuas hati dengan jawapan yang telah dihadamnya melaui usrah-usrah dan tamrin-tamrin). Kerana kemalasannya untuk membaca dan menelaah bahan-bahan bacaan baru masakini, menyebabkan pengartikulasian hujahnya juga lemah dan tidak meyakinkan serta mudah pula dibidas. Kelemahan dan kedangkalan hujah ini juga menyebabkan mereka menghamburkan, balik-balik hujah yang sama dan dihamburkan dengan penuh emosi pula tanpa penjelasan yang rasional dan meyakinkan.

 

Pengartikulasian mereka terhadap isu-isu yang diangkat juga lemah dan lembik. Ini menyebabkan isu-isu yang cuba dibawa tidak berupaya untuk mempengaruhi mahasiswa-mahasiswa yang lain. Kelemahan di dalam pengartikulasian isu adalah kesan dari kurang membaca dan kurang diskusi dan justeru itu analisa yang dihasilkan tentulah cetek dan tidak mendalam. Kelompok mahasiswa gerakan Islam ini juga cenderung mengangkat isu-isu moral dan isu-isu kulit seperti isu konsert, isu percampuran lelaki perempuan, isu aurat, isu tubuh perempuan, isu tudung, isu muzik, isu gaya hidup dan yang lainnya sebagai isu utama. Sedangkan isu-isu isi yang lebih mustahak seperti isu keadilan, isu kebajikan mahasiswa, isu rakyat, isu demokrasi, isu pendidikan, isu hak asasi dan isu-isu yang melibatkan semua mahasiswa dari pelbagai kaum, agama dan budaya sering gagal diartikulasikan dengan baik. Terdapat suatu obsesi di kalangan mahasiswa gerakan Islam ini untuk membawa mahasiswa-mahasiswa lain ke arah ketaatan penuh terhadap ritual-ritual dan simbol-simbol Islam sedangkan permasalahan dunia pada hari ini tidak mungkin boleh selesai hanya dengan menarik lebih ramai orang untuk taat pada ritual dan simbol Islam semata-mata.

 

Gerakan mahasiswa Islam gagal untuk membarengi simbol-simbol dan ritual-ritual Islam yang bersifat kulit ini dengan falsafah atau isi Islam itu sendiri di dalam kerangka perjuangannya. Kerana itu perjuangan gerakan mahasiswa Islam cenderung sektarian dan eksklusif dan hanya merangkumi mahasiswa Melayu-Islam sahaja sedangkan realiti di dalam kampus universiti (dan juga negara Malaysia) terdapat pelbagai kelompok lain seperti Cina, India, Iban, Kadazan, Serani, Orang Asli dan sebagainya yang juga merupakan kelompok yang harus dirangkumkan di dalam gagasan perjuangan yang lebih bersifat inklusif (Harus diingat orang Islam di negara ini hanya 54% daripada jumlah keseluruhan penduduk Malaysia!). Kegagalan untuk mengemukakan pemikiran dan gagagasan-gagasan perjuangan yang sesuai dengan konteks masyarakat Malaysia yang plural ini, kelemahan mengartikulasi isu-isu isi dengan baik dan kecenderungan untuk membawa isu-isu moral dan kulit serta obsesi berlebih-lebihan terhadap ritual dan simbol agama adalah antara faktor-faktor kenapa kelompok mahasiswa gerakan Islam ini semakin terpinggir dan menjauh dari masyarakat mahasiswa yang lain.

 

Secara jujur saya berpandangan bahawa kelompok mahasiswa gerakan Islam ini sudah pun sampai ke kemuncak kehebatannya di tahun 80an dahulu dan sekarang adalah zaman kejatuhannya. Kejatuhan kelompok mahasiswa Islam ini tidak akan berhenti, malah semakin lama ia akan semakin jatuh dan tidak akan naik-naik lagi kecuali beberapa perubahan radikal berlaku di tahap pemikiran dan gagasannya. Atau dengan kata lain kejatuhan kelompok mahasiswa ini hanya akan dapat dihentikan jika berlakunya perubahan paradigma pemikiran di kalangan pimpinan dan anggota-anggotanya di mana pemikiran-pemikiran lama dinilai kembali, dikritik dan digantikan dengan pemikiran-pemikiran baru yang lebih bersesuaian dengan perubahan zaman serta gagasan-gagasan baru yang berupaya menjawab permasalahan-permasalahan masyarakat kampus yang melintasi batas-batas kaum, agama dan budaya dengan teras keadilan (justice) untuk semua tidak kira Melayu, Cina atau India.

 

Manakala kelompok yang terakhir di dalam masyarakat mahasiswa ialah kelompok ketiga atau kelompok mahasiswa yang “tak kisah? “tak peduli? “kaki enjoy? “kaki party?dan “kaki studi? Kelompok ini pada perkiraan saya adalah kelompok majoriti dengan anggaran 75% dari jumlah keseluruhan mahasiswa. Kelompok ini dikatakan “tidak peduli?atau “tidak kisah?kerana kita sendiri tidak pernah berusaha untuk pergi dan mendekati mereka. Secara kasarnya kelompok ini adalah kelompok mahasiswa yang multi-rasial dengan majoritinya adalah mahasiswa Melayu. Mereka memang tidak peduli dengan politik kampus. Bagi mereka politik kampus adalah membuang masa dan tidak ada hasil. Ini kerana dari pandangan mereka MPP bertukar-ganti tetapi tiada perubahan yang mereka perolehi. Oleh sebab itu baik tidak peduli. Lebih baik enjoy, studi, dating, lepak kat mid valley, tengok vcd, main game, bersukan, kerja part-time, join persatuan-persatuan seni, budaya dan rekreasi adalah lebih berfaedah dan membawa keuntungan. Dengan kata lain mereka melihat aktiviti-aktiviti yang bersifat politikal ini berisiko tinggi, boleh dibuang universiti, tak “kool? skema, hanya untuk mat dan minah surau dan tidak akan membawa apa-apa perubahan di dalam hidup mereka.

 

Tetapi walaupun mereka tidak suka kepada politik kampus tetapi memandangkan mengundi adalah wajib, maka terpaksa jugalah mereka turun mengundi. Dan dalam memilih calon adalah lebih baik memilih calon yang telah dipersetujui oleh universiti kerana mereka tidak mahu kehilangan kemudahan-kemudahan yang telah diberi contohnya kemudahan untuk tinggal di asrama kolej. Tetapi kemungkinan juga mereka memilih calon bukan dari kelompok gerakan mahasiswa Islam kerana mereka tidak mahu ada polis moral yang mengganggu kehidupan mereka di kampus. Namun begitu, kelompok ini bukanlah kelompok yang bodoh dan mengikut telunjuk sahaja. Saya percaya mereka adalah kelompok yang mampu berfikir jika usaha-usaha mendekati dan mengartikulasi idea dengan strategi yang kreatif dilakukan terhadap kelompok mereka. Untuk saya ketidakpedulian mereka itu adalah sebahagian dari protes mereka terhadap politik kampus itu sendiri yang mereka lihat tidak membawa apa-apa perubahan. Ketidakpedulian mereka itu bersebab. Dan kita perlu mencari sebab untuk menjadikan mereka kembali peduli.

 

Selama ini kelompok ini jarang didekati, dirapati dan diajak sembang-sembang serta diskusi. Memandangkan mereka adalah kelompok majoriti (75%) maka wajarlah mereka ini yang dijadikan sasaran untuk disedarkan dan diorganisasi. Namun tidak mungkin mereka dapat kita sedarkan jika kita masih menggunakan kaedah-kaedah lama dengan pemikiran-pemikiran yang lama juga. Suatu kaedah, gagasan dan pemikiran baru perlu dicari dan didiskusi dengan rinci. Justeru itu, langkah yang paling mendesak dan menjadi prioriti utama masa kini ialah pembentukan satu wadah baru untuk menyusun kelompok mahasiswa yang “tidak peduli?ini.

 

Menyedarkan dan membawa mereka ke dalam kelompok gerakan mahasiswa Islam bukanlah suatu langkah yang baik terutamanya pada ketika masayarakat mahasiswa yang lainnya tidak menyukai kelompok gerakan mahasiswa Islam ini ditambah pula dengan label-label yang banyak melekat ditubuh gerakan mahasiswa Islam yang sukar untuk dikikis sama sekali. Lagi pun fikiran, gaya hidup dan tingkahlaku yang berbeza pastinya menyukarkan proses penyesuaian diri mereka. Tambahan pula kelompok gerakan mahasiswa Islam ini pada pandangan mereka hanyalah penyambung tangan parti politik luar semata-mata dan hanya peduli dan berjuang tentang masalah moral sahaja. Kerana itulah langkah yang paling wajar dilakukan ialah menyediakan satu wadah baru untuk mereka kerana sehingga kini masih belum ada wadah yang dibangunkan untuk menempatkan kelompok mahasiswa ketiga ini.

 

Wadah baru haruslah diisi pula dengan pemikiran-pemikiran baru dan gagasan-gagasan baru. Dan untuk mengisi wadah baru dengan pemikiran dan gagasan baru, tidak ada jalan lain kecuali dengan banyak membaca, banyak menganalisa, banyak berdiskusi dengan diskusi-diskusi yang mendalam dan teliti dan banyak berfikir tentunya. Apakah bentuk wadahnya, apakah isi-isi pemikirannya, apakah gagasan-gagasannya, apakah strategi-strateginya dan bagaimana untuk membangunkan wadah baru ini ?inilah yang sepatutnya menjadi tugas dan tanggungjawab kita yang paling mendesak sekarang ini untuk kita fikirkan dalam-dalam, bersama-sama.

Posted at 03:30 am by Jerung Sakti
Make a comment  

Helman Sanuddin: Pendekatan gerakan mahasiswa berbeza dengan parti politik

Di kalangan ISA7, terdapat seorang mahasiswa dari UiTM Shah Alam. Beliau bersama-sama dengan enam temannya, telah didakwa kerana menyertai demostrasi dalam bantahan ISA di Masjid Negara pada 8 Jun 2001, iaitu hampir lima tahun yang lalu. Dengan hujah kononnya demostrasi itu haram, maka sampai kini, Helman Sanuddin telah dinafikan hak pendidikannya di UiTM. Justeru, wawancara bersama beliau ini, yang di asalnya dimuatkan dalam ForumNet (II), telah diterbitkan kembali dengan melampirkan beberapa baki persoalan yang belum pernah tersiar dalam mana-mana media sekalipun. Justeru, untuk anda meneliti minda anak muda ini, serta bagaimana sisi lihatnya terhadap gerakan mahasiswa, maka bahan ini memang boleh memenuhi maksud itu.

Boleh anda berkongsi pengalaman/penglibatan anda dalam gerakan mahasiswa? Dari pengalaman anda, apakah cabaran terbesar yang dihadapi oleh gerakan mahasiswa untuk bergelar sebagai jurubicara rakyat?

Ketika mula ?mula masuk ITM (Sekarang UiTM) pada tahun 1998, saya benar ?benar belum memahami apakah peranan besar Mahasiswa terhadap masyarakat. Masih teringat lagi, ketika baru sebulan mengaji di semester satu saya diminta untuk bersama teman lain memimpin Kempen Memboikot Program Induksi yang dikendalikan oleh Persatuan Fakulti Pengajian Maklumat yang diterajui oleh pelajar Senior.

Alasannya amat mudah, mahasiswa bukanlah seperti budak sekolah yang boleh diperbodohkan dan dibuli. Arahan untuk mengantung Name Tag sebesar kertas A4 setiap kali pergi kuliah selama seminggu adalah satu arahan yang sukar diterima akal dan tidak menunjukan imej seorang mahasiswa. Keengganan pelajar senior untuk bertolak ansur memaksa pelajar junior memboikot program Induksi. Kenangan itu sebenarnya telah menyedarkan saya, bahawa ketika itu kami bukan lagi budak ?budak kecil. Kami sebagai mahasiswa harus bangkit untuk belajar menjadi lebih dewasa dan saling bantu - membantu.

Ketika disemester 2, saya dicadangkan oleh Classmate untuk bertanding dalam Pilihanraya JPPUiTM. Alhamdulillah, Allah bagi peluang untuk saya menjawat jawatan SU Agung JPPUiTM yang ketika itu diketuai oleh Sdr. Khairul Rizal Arshad.

Sepanjang perkenalan bersama-sama dengan teman-teman JPP saya berpeluang belajar menghadapi banyak perkara seperti urusan-urusan rasmi, protokol program, surat, hubungan luar dan dalam kampus serta melakukan pelbagai program.

Saya berkesempatan menemui teman-teman mahasiswa dari kampus lain dan berkongsi isu serta maklumat. Idealisme gerakan mahasiswa dicanai bersama dan pada ketika itu Mahasiswa berani keluar untuk berdemo bagi membantah dasar ?dasar kerajaan yang bertentangan dengan kehendak masyarakat, seperti membenarkan Ahli sukan Israel memasuki negara.

Kami juga berpeluang untuk menemui pimpinan tertinggi Negara seperti Tun Mahathir dan YB Najib bagi menyatakan pandangan mahasiswa. Kami juga berkesempatan untuk membuat referendum membantah pembinaan kompleks Gereja Terbesar di Malaysia yang ketika itu dicadangkan pembinaannya di dalam kawasan Bandaraya Shah Alam yang dihuni hampir 80% umat Islam.

Saya akui bahawa, suasana dan cabaran dahulu sedikit berbeza dengan sekarang. Mahasiswa masa kini ditekan oleh Universiti yang kini banyak bermain politik dari menguruskan kebajikan mahasiswa. Pentadbiran Universiti dilihat tidak bebas dan mereka juga cuba memasukkan mahasiswa dalam sangkar mereka. Mereka bermain politik dan mahasiswalah bahan pertaruhan mereka.

Walaubagaimana pun, dari dahulu hingga kini saya melihat bahawa cabaran terbesar Mahasiswa untuk menjadi jurubicara rakyat adalah diri sendiri. Selagi kita tidak merubah persepsi kita terhadap masyarakat, maka selagi itulah kita akan menjadi kumpulan bisu dan pekak. Mahasiswa harus menerima hakikat bahawa mereka juga sebahagian ahli masyarakat, masalah dalam masyarakat adalah masalah mereka jua. Jika ada kebersamaan sebegini, pastinya mahasiswa boleh mengunakan akal yang diberikan Allah untuk keluar berbakti pada masyarakat.

Mentaliti mahasiswa yang membuat garis pemisah dalam pikiran mereka terhadap tanggungjawab sosial perlulah dipadamkan agar tiada lagi yang menghalang mereka untuk keluar.

Mahasiswa perlu peka terhadap isu semasa kerana itulah cabaran harian mereka. Mahasiswa juga harus belajar menjadi dewasa dan matang. Cabaran yang melemahkan mahasiswa masa kini lebih dilihat pada tekanan AUKU yang mana kebanyakan mahasiswa sendiri tidak memahami apakah yang terkandung dalam Akta itu secara terperinci. Justeru itu halangan kecil sebegini harus dihadapi dengan membanyakkan bacaan dan perkongsian idea. Pemikiran Mahasiswa perlu bersifat multi-dimentional, fleksibel dan realistik. Akar idealisme perlu dikembangkan dengan menyesuaikannya dengan realiti semasa.

Kebanyakkan mahasiswa hari ini terlalu idealistik dalam membawa apa jua isu dan tidak mendalami jalan penyelesaian terhadap sesuatu perkara. Mereka terkurung dikampus sendiri. Perhubungan mahasiswa inter-campus juga terlalu pendek dan ianya seharusnya dibuka kepada sebuah networking yang lebih luas dengan mewujudkan kesinambungan perjuangan yang lebih utuh bersama rakan mahasiswa dari dalam dan luar Negara.

Secara ringkasnya, selesaikan dulu persepsi mahasiswa terhadap dunia yang dilihat, bukalah mata, ketahuilah bahawa dunia ini luas, banyak lagi yang kita belum ketahui. Belajarlah mengenali dunia, dan berusahalah untuk membantu orang lain seikhlas hati. Ingatlah, jauh dihadapan kita telah tersedia sebuah tempat bernama kejayaan?.kejayaan untuk mereka yang berani untuk menghadapi segala kesukaran hidup. Hidup umpama roda, jadi gunakan peluang ketika kita diatas untuk memberikan cahaya kepada orang yang dibawah.

Secara jujur, apa komentar anda terhadap gerakan mahasiswa Malaysia hari ini? Membanggakan atau memalukan?

Gaya pemikiran kebanyakan mahasiswa hari ini tidaklah sematang golongan mahasiswa di abad yang lalu. Mahasiswa hari ini telah banyak ditekankan dengan program akademik yang mendesak mereka menumpukan kepada pengajian. Sistem semester yang diamalkan tidak membuka ruang kepada mahasiswa bagi memahami persekitaran masyarakat diluar pagar universiti mereka. Waktu cuti dibazirkan dengan bersantai dikampung halaman atau melakukan aktiviti dalam kelompok tertentu sahaja.

Mereka sibuk mengejar sijil ?sijil Diploma, Ijazah, Master dan Phd yang hakikatnya kini semakin kehilangan nilai tambah ekoran sikap mereka yang tidak mahu mengambil kisah terhadap apa yang berlaku dalam masyarakat diluar kampus. Retorika ilmiah yang mereka pelajari tidak sama dengan realiti sebenar, kenyataan inilah yang menyebabkan mahasiswa hari ini gagal memasarkan diri mereka didalam masyarakat.

Masyarakat sukar menerima mahasiswa yang angkuh, menguncikan diri mereka dibalik gahnya pintu gerbang kampus universiti. Justeru itu, bila mahasiswa keluar untuk hidup dengan masyarakat, mereka seperti rusa masuk kampung yang tidak tahu membiasakan diri.

Masa lapang mahasiswa masa kini lebih banyak dihabis dihadapan TV bagi menonton pelbagai rancangan hiburan dan gossip. Ruang internet yang ada pula dibazirkan dengan chit chat kosong dengan menjadikan budaya couple melalui alam cyber sebagai agenda utama. Teknologi SMS dan telefon bimbit menguasai masa mahasiswa dan mereka lebih banyak menghabiskan duit pinjaman untuk itu.

Keadaan ?keadaan ini menyebabkan gerakan mahasiswa terpinggir dari masyarakat dan dilihat kurang bermaya. Gerakan mahasiswa semakin hambar. Keyakinan masyarakat terhadap mahasiswa kian pudar dan ikon kepimpinan mahasiswa tidak lagi kelihatan dipentas masyarakat sebagai golongan pembela warga rakyat.

Oleh itu, mahasiswa harus keluar dari zon selesa ini untuk menyahut cabaran. Jika tidak, jangan harap masyarakat akan menghargai mereka. Mahasiswa hari ini patut malu kerana sepanjang tempoh pengajian mereka universiti, mereka gagal memberikan apa ?apa faedah kepada masyarakat khususnya golongan marhaien yang kini kian terdesak ekoran sikap pemimpin yang tidak prihatin pada rakyat.

Di manakah perbezaan gerakan mahasiswa negara kita berbanding dengan gerakan mahasiswa antarabangsa yang lain? Sebab dari pengalaman banyak gerakan mahasiswa global seperti di Korea Selatan, Indonesia, UK, Iran dll, mereka semua tampaknya betul-betul mengugat dan mengagumkan kita! Dan, kita pula seolah-olah jauh ketinggalan?

Dekad tahun 70-an dizaman Anwar Ibrahim, mahasiswa berjaya membangkitkan massa dengan memperjuangkan isu ?isu rakyat walaupun mereka hanya ditemani oleh golongan petani dan kalangan pemimpin borjois ketika itu.

Dekad 80-an telah memperlihatkan perubahan gaya kepimpinan mahasiswa yang mengurangkan aksi dijalan raya tetapi bermain dipentas diskusi dan permainan politik diplomasi. Walaupun ada gerakan mahasiswa dijalanan namun ianya tidak sehebat zaman 70-an.

Penghujung era 90-an mahasiswa kembali bangkit dijalan raya bersama rakyat menyokong Anwar Ibrahim atas nama menuntut keadilan mutlak. Tidak dinafikan bahawa gaya kebangkitan mahasiswa di Malaysia kurang panas berbanding dinegara lain seperti di Iran, Korea, India, Nepal dan Indonesia.

Kebangkitan mahasiswa dinegara luar lebih didasari kepada isu menuntut perlaksanaan dan penafsiran semula sistem demokrasi yang diamalkan dengan membawa isu kemelaratan rakyat sebagai wacana hujah mereka. Corak perjuangan mereka juga amat serius dan tidak dibatasi oleh faktor masa dan usia penglibatan mereka. Dengan idea menuntut keadilan dan kebenaran mereka berjaya menumbangkan kerajaan yang zalim dan meraih sokongan rakyat. Walaubagaimana pun, sebagai bukti bahawa mereka tidak meminta apa ?apa imbuhan tidak ramai kalangan mereka yang duduk dan mengambil jawatan dalam kerajaan baru yang dibentuk selepas revolusi.

Hakikat ini berbeza dengan Mahasiswa Malaysia yang kurang serius dalam memperjuangkan isu ?isu yang telah dibangkitkan. Sistem perjawatan MPP yang hanya berkuasa dalam tempoh setahun (sepenggal) menyebabkan pimpinan mahasiswa tidak sempat mematangkan diri dengan politik kampus dan luar.

Desakkan AUKU dan Akta 174 (UiTM) menyempitkan lagi peluang mahasiswa untuk terlibat dalam politik kampus secara bebas. Kebebasan mahasiswa untuk bersuara, menerbitkan makalah, membuat kenyataan akhbar dan terlibat dalam apa jua organisasi telah dikongkong seperti budak sekolah. Tindakan undemocratic ini telah menjejaskan kualiti yang dimiliki oleh mahasiswa hari ini. Mereka keluar dari kampus dalam keadaan tidak matang, gagal memahami keperluan, tuntutan massa serta desakkan hidup rakyat.

Mereka keluar hanya berbekalkan teori ?teori retorika yang mereka pelajari di kelas ?kelas akademik yang sempit ruang perbincangannya. Maka tidak hairanlah jika, ada kalangan rakyat mengelarkan bahawa produk mahasiswa yang keluar pada hari ini adalah dari golongan pemimpin kelas ketiga dan tidak berpengalaman untuk memimpin rakyat.

Mereka keluar dari kampus membawa Ijazah atau diploma berserta sijil hutang PTPTN dan akhirnya mereka hanyut dalam dunia pekerjaan yang terasing dari dunia kepimpinan massa. Mereka sibuk untuk membayar hutang. Mereka lupa apa yang mereka pernah perjuangkan ketika dikampus dahulu. Sebab itulah, mahasiswa gagal mengugat, perjuangan mereka hanyalah setakat semester 6 atau semester yang terakhir dikampus.

Perspektif ini perlu diubah. Seandainya kita ingin melihat gerakan mahasiswa di Malaysia terus subur, maka para alumni gerakan mahasiswa perlu tampil kehadapan membajai semula semangat juang dan mengukir kebangkitan semula mahasiswa yang menjadi pewaris mereka. Generasi baru perlukan bimbingan dan sokongan dari para alumni dan mereka yang baru bertatih ini tidak seharusnya dipaksakan berjuang secara bersendirian. Perkara inilah yang menjadi imbuhan zaman dalam lipatan sejarah perjuangan mahasiswa diluar Negara. Perjuangan mereka terus disokong oleh para alumni, pensyarah dan warga masyarakat.

Dalam pada itu, harus diingat bahawa gerakan mahasiswa bukan bertujuan untuk menumbangkan kerajaan. Mahasiswa bukan agen anarki. Mahasiswa hanyalah speaker hati rakyat. Dasar ?dasar kerajaan yang baik harus disokong, idea ?idea buruk dari pembangkang harus ditegur dan begitulah sebaliknya. Mahasiswa perlu berdiri ditengah ?tengah dan memegang belati kebenaran, antara keduanya, jika ada yang tersasar dan menyusahkan rakyat maka belati mahasiswalah yang akan mengajarkan mereka erti sebuah perjuangan.

Antara ungkapan Hishamuddin Rais yang signifikan ialah, “hanya anak muda saja yang bisa mendobrak zaman? Maksud yang sama turut di ulang oleh Amien Rais yang turut menyifatkan hanya golongan mahasiswa sahaja yang mampu mengerakan reformasi sesebuah negara. Kita sebenarnya agak curiga dengan idea kedua-dua tokoh ini. Adakah orang tua tidak memang tidak boleh diharapkan untuk memimpin perubahan negara atau zaman? Dan, mestikah segala-galanya tentang perjuangan rakyat haruslah di diterajui oleh anak muda seperti gerakan mahasiswa?

Sejarah kebangkitan rakyat yang mempengaruhi politik sesebuah Negara sebenarnya dikuasai oleh tiga golongan; Mahasiswa, Buruh dan tentera. Andaian bahawa mahasiswa bisa mendobrak zaman, melakukan aksi reformasi sememangnya benar dan tidak perlu diragui.

Walaubagaimana pun, sesuatu revolusi atau kebangkitan rakyat itu tidak akan berlaku jika mahasiswa sahaja bangkit. Kebersamaan rakyat dan golongan buruh biasanya menjadi nadi kepada kebangkitan rakyat yang plot perjuangan mereka selalunya didahului oleh kebangkitan mahasiswa.

Sebagai golongan terpelajar yang tidak mempunyai kepentingan peribadi, rakyat kebiasaannya mudah mempercayai semangat juang mahasiswa berbanding parti politik dan rakyat menjadikan mahasiswa sebagai ikon perjuangan massa dalam membangkitkan perjuangan rakyat seperti yang berlaku dalam peristiwa Revolusi Iran, Kebangkitan Taliban dan sebagainya. Justeru itu, peranan mahasiswa tidak boleh dipandang remeh, Mahasiswalah yang menjadi suara yang menyemarakan revolusi perjuangan rakyat.

Golongan tua kebiasaan dianggap tidak melihat kepada skop yang lebih luas dan mereka kebanyakkannya terpengaruh dengan idea dan kenangan ?kenangan lama yang hakikatnya tidak menyamai dengan keperluan semasa. Walaubagaimana pun, golongan tua yang beraliran sederhana kadang kala mampu menjadi pencetus kepada kebangkitan mahasiswa. Mereka menjadi inspirasi dan kekuatan mahasiswa. Maka, tidak menjadi isu jika kebangkitan mahasiswa hari ini juga lahir dari ilham cernaan pengalaman generasi tua yang masih sedia menabur saki baki benih perjuangan yang mereka ada.

Parasit sosial istilah yang diutarakan oleh Amien Rais bagi mengambarkan kelesuan gerakan mahasiswa. Mungkinkah iklim mahasiswa Malaysia dewasa ini sudah boleh disifatkan mencapai tahap parasit sosial?

Parasit sosial yang diistilahkan oleh Amien Rais, lebih jitu dalam mengambarkan sekelompok mahasiswa yang enggan memikirkan permasalahan masyarakat yang berlegar di dalam dan diluar kampus. Iklim Mahasiswa Malaysia kini telah mulai berubah. Musim revolusi kebangkitan Mahasiswa telah digantikan dengan zon keselesaan yang akhirnya menjumudkan pemikiran Mahasiswa.

Berbeza dengan zaman ?zaman kebangkitan Mahasiswa pada tahun 70-an dan di ambang millennium 2000 dahulu, mahasiswa hari ini kurang sensitif terhadap isu ?isu besar dalam dan luar Negara. Mahasiwa masa kini lebih menjiwai program ?program reality show seperti Malaysian Idol, Fear Factor, Akademi Fantasi dan lainnya yang lebih kepada hiburan membazirkan minda berbanding isu ?isu kemasyarakatan.

Tindakan kerajaan yang mencantas segala anasir gerakan Mahasiswa yang digelarkan sebagai ‘tangan ?tangan pembangkang?di dalam kampus telah menyebabkan Gerakan Mahasiswa menjadi mandom. Kekusutan ini bertambah nyata bila mana blok yang digelarkan ‘kelompok Aspirasi Kerajaan?gagal memainkan peranan besar terhadap isu ?isu yang bermain di sekitar mereka atas alasan bahawa isu kemasyarakatan yang ada bukan tanggungjawab mereka. Tanggungjawab mereka sebagai pelajar untuk belajar dan lulus exam lebih banyak disuntik berbanding agenda nasional yang lebih merakyatkan mahasiswa.

Keselesaan yang dinikmati melalui program ?program indoktrinasi BTN, ziarah ke putrajaya, kediaman baru di Kolej, pinjaman PTPTN dan sebagainya telah melalaikan pemimpin Mahasiswa yang sedia ada. Pujukkan massa yang memaksa mereka untuk menumpukan kepada dunia kuliah dan buku ?buku akademik semata telah mematikan langkah juang mereka.

Idea meletakan filsafat mahasiswa dalam kelompok kampus dan menolak elemen luar sebagai nilai tambah pemikiran mereka telah mengosongkan sejarah gerakan mahasiswa. Mahasiswa hanya keluar ke program ?program khemah masyarakat dan anak angkat anjuran Universiti untuk mengiyakan apa yang dibuat oleh kerajaan, tetapi gagal untuk melihat apa yang diingini rakyat.

Atas sikap inilah, kelompok kepimpinan Mahasiswa yang ada pada hari ini digelarkan sebagai parasit sosial kepada dunia gerakan mahasiswa dan masyarakat kerana mereka hanya memikirkan kepentingan diri sendiri sahaja. Walaupun ada sekumpulan pimpinan mahasiswa yang berani memanjat pintu pagar universiti untuk keluar memperjuangan nasib rakyat diluar, namun bilangan mereka agak kecil dan mereka menerima tekanan teruk oleh kerajaan bersama universiti. Vokal kumpulan ini agak lemah pada pandangan umum, namun peluang untuk kebangkitan mahasiswa masih ada walaupun nadanya tidak selantang dahulu.

Mengapa mahasiswa Malaysia gagal untuk berperanan sebagai suara pengimbang antara parti pemerintah dengan parti oposisi? Kita kira gerakan mahasiswa hari ini seperti “hidup segan, mati tidak mahu? umpama gerakan yang langsung tidak membawa apa-apa erti dalam konteks sosio-politik nasional!

Menjelang abad ke 21, sikap segelintir pihak yang mendominasikan pemikiran memecah belahkan mahasiswa kepada kelompok Pro-Aspirasi (Kerajaan) dan Pro- Pembangkang menjadi punca kepada kehilangan identiti mahasiswa.

Mahasiswa yang menyokong agenda kerajaan automatik dicop Penyokong Kerajaan, manakala mahasiswa yang banyak mempersoalkan agenda kerajaan dilabelkan sebagai anak didik pembangkang. Melalui tafsiran sempit sebegini, mahasiswa akhirnya hanyut dalam arus politik semasa Negara dan kelibat mereka bukan lagi berjubahkan identiti mahasiwa.

Seharusnya pihak universiti juga bersikap terbuka dan tidak mengambil sikap melaga ?laga pemimpin mahasiswa dengan label tertentu. Perpecahan mahasiswa dalam Negara hari ini menyebabkan mahasiswa gagal untuk bangkit sebagai satu kumpulan pendesak yang hebat kepada kumpulan parti pemerintah dan oposisi. Pandangan masyarakat juga telah dikelabui dengan agenda sempit yang menghimpit mahasiswa ke jalan sempit yang mematikan akal pikiran mereka. Justeru itu, agenda mahasiswa perlu dineutralkan dan disatukan atas nama Mahasiswa, bukannya atas label tertentu.

Mahasiswa tidak bersetuju dengan kerajaan bukan bererti mereka pembangkang, mahasiswa menyokong idea pemerintah bukan bermakna mereka pendokong wacana kerajaan. Mahasiswa adalah mahasiswa, satu kelompok manusia kecil yang seharus berjiwa besar untuk kebaikan Negara keseluruhannya.

Gerakan mahasiswa hari ini sebenarnya berada pada tahap kritikal kerana suasana yang tidak memihak kepada mereka. Apa yang ada hanyalah kelompok ‘pak angguk?dan ‘pak sanggup?yang terpaksa menuruti kehendak pentadbiran Universiti.

Namun begitu, kita tidak boleh salahkan Mahasiswa masa kini 100% dan memberikan hukuman bahawa mereka umpama “hidup segan, mati tidak mahu? Mereka tidak segan, tapi mereka tiada kekuatan dan keberanian seperti kita dahulu. Mereka memang tidak mahu mati, kerana bila mereka mati akan tamatlah riwayat gerakan mahasiswa.

Kalau nak disalahkan, pada saya para Alumni patut lebih bersikap bertanggungjawab terhadap keadaan hari ini. Apa yang ada hari ini adalah warisan alumni gerakan mahasiswa. Kegagalan mereka adalah kegagalan alumni gerakan yang tidak membimbing mereka dengan baik. Mereka umpama ‘anak terbuang?yang terpaksa berjuang untuk hidup sendirian setelah ditinggalkan oleh ayah dan saudara mereka yang tidak mahu bertanggungjawab.

Jadi hentikanlah suara untuk menyalahkan gerakan mahasiswa hari ini sahaja. Para alumni harus berhenti mengutuk dan memperlekeh apa yang mereka buat. Jika benar para alumni gerakan ini hebat pada zaman mereka, ayuh! Inilah masanya untuk buktikan bahawa mereka memang hebat. Ayuh! Kita turut membantu dan gerakan semula gelombang mahasiswa dalam cara alumni. Suntikan sedikit ubat agar kesakitan pimpinan Junior kita dapat terus bangkit dan dewasa dalam nada mahasiswa.

Adakah anda bersetuju parti-parti politik meluaskan pengaruhnya ke dalam kampus seperti usaha tersirat yang telah dan akan dilakukan oleh Puteri dan Putera Umno? Apa impak - jika tindakan ini dilakukan - terhadap gerakan mahasiswa?

Secara peribadi, saya tidak bersetuju jika Mahasiswa diperalatkan oleh mana ?mana parti politik, sama ada secara tersirat atau tersurat. Adalah satu kesilapan besar jika kita membiarkan parti politik menguasai mahasiswa kerana keadaan ini sekaligus akan menghilangkan identiti neutral mahasiswa. Mahasiswa akan gagal menjadi agen check and balance dan pejuang masyarakat jika mereka telah bersandar pada ideologi mana ?mana parti politik.

Jika dilihat pada senario semasa, pihak universiti dilihat lebih terbuka untuk membiarkan mahasiswa diperalatkan oleh parti UMNO dan BN. Sebagai contoh, setiap kali tahun pemilihan UMNO mahasiswa terpilih dari UiTM akan dibenarkan menjadi petugas dalam Mesyuarat atau Perhimpunan Agung UMNO. Keadaan ini berbeza bilamana ada kalangan mahasiswa yang terlibat membantu parti pembangkang atau meraikan parti pembangkang dengan hadir sebagai tetamu kehormat dalam Muktamar atau Mesyuarat Agung mereka.

Justifikasi yang tidak selari ini sebenar tidak jujur dan mengambarkan bahawa Universiti sendiri gagal menunjukan bukti keadilan mereka. Jadi, seandainya kita membiarkan Puteri dan Putera UMNO memasuki kampus maknanya kita redha pada dasar yang tidak adil ini yang akhirnya akan mewujudkan mahasiswa jumud yang berpandu pada satu arah yang mereka sendiri tidak pasti sama ada itu adalah arah yang betul atau tidak kerana tiada pilihan lain.

Justeru itu, adalah lebih baik jika mahasiswa dibebaskan dari kongkongan mana ?mana parti politik. Biarlah kampus dijadikan sebagai tempat mereka mempelajari, memahami dan menilai politik massa sebelum mereka memilih aliran sebenar yang sesuai dengan jiwa mereka setelah bergelar graduan.

Usaha mengkaderkan mahasiswa pada satu pilihan ideologi yang terhad dengan menolak pandangan lainnya harus dikritik kerana ianya tidak membina mahasiswa yang kreatif dan berpengetahuan luas. Seandainya wujud idea untuk membenarkan parti politik memasuki kampus dan mengkaderkan ahlinya, maka peluang sama rata harus diberikan pada semua parti politik dan hak kebebasan mahasiswa dalam memilih harus diberikan secara mutlak.

Jalan yang seimbang harus dibuka kepada mahasiswa untuk mereka berjalan diatas laluan yang harmonis, jika tidak dengan fikrah sehala yang fanatik kepada satu kumpulan sahaja ianya akan merosakan kualiti mahasiswa.

Secara keseluruhannya, saya tetap tidak dapat melihat bahawa campurtangan parti politik itu akan mewujudkan kesatuan dan keamanan dalam masyarakat mahasiswa. Keadilan dan keikhlasan dalam membawa masuk parti politik ke dalam kampus juga perlu diperhatikan kerana mereka pastinya punya agenda yang berbeza dengan Mahasiswa. Biarlah mahasiswa berdiri sebagai entiti yang bebas untuk menentukan hala tuju mereka dan menjadi organisasi bebas bagi menilai, menerima atau mengkritik apa yang kerajaan atau pembangkang buat untuk kebaikkan rakyat.

Seperkara lagi, amatlah diharapkan agar pihak Universiti dapat bersikap telus untuk mentadbir Universiti. Tugas mereka untuk mendidik anak bangsa menjadi tanggungjawab utama. Oleh itu, pihak universiti harus faham bahawa mereka memikul amanah dari rakyat melalui kerajaan. Dan Kerajaan rakyat harus dihormati, bukannya menghormati agenda politik parti yang memerintah. Universiti harus bijak membezakan kepentingan parti yang memerintah dan kerajaan. Jika UMNO dan BN atau apa jua parti tiada maka, kakitangan kerajaan tetap boleh melakukan tugasnya atas amanah rakyat dan pimpinan Yang diPertuan Agong. Universiti untuk rakyat bukannya untuk parti (Jika parti politik berhasrat mengindoktrinasi mahasiswa melalui Universiti, parti ?parti politik harus mewujudkan universiti mereka sendiri yang datang bukan dari kantung rakyat dan dana negara).

Jika ada kalangan mahasiswa ingin bermain politik nasional, saya tiada masalah. Tetapi berfikirlah dahulu. Ini musim kampus, musim untuk mahasiswa belajar mengenali kulit dan isi, masa untuk memahami kebenaran dan kepalsuan, masa untuk memahami kehendak rakyat. Jangan biarkan agenda mahasiswa tenggelam akibat pengaruh parti politik. Kita jadi Pak angguk kerana menyertai UMNO atau kita menjadi pembangkang semata ?mata tanpa melihat perkara positif lain kerana kita sokong parti pembangkang.

Kalau pun kerajaan benarkan mahasiswa berpolitik, saya tidak yakin bahawa undangan itu benar ?benar ikhlas. Lihatlah pada apa yang berlaku kini. Parti mana yang dibenarkan masuk kampus untuk berdiskusi bersama mahasiswa? Adilkah kerajaan BN sekarang?

Ada yang hairan, mengapakah ramai dari kalangan aktivis Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) yang melibatkan diri secara langsung dalam PAS selepas tamat pengajian? Adakah ini mencerminkan bahawa PMI itu PAS? Dan, apakah wujudkan ancaman/bahaya di sebalik hubungan/perkaitan ini?

Perkara ini tidak seharusnya menjadi kerisauan kepada semua pihak. Semua orang mengakui bahawa golongan mahasiswa yang ada pada hari ini merupakan pelapis kepimpinan negara di masa hadapan. Jadi tiada isu jika pimpinan PMI atau MPP atau mana ?mana pertubuhan di Universiti pada hari ini atau sebelum ini keluar dari kampus dan menyertai mana ?mana parti politik.

Pemikiran sempit bahawa mahasiswa yang bergelar graduan tidak boleh menjadi ahli atau pimpinan parti kerajaan atau pembangkang harus dijauhi. Apa guna mereka berjuang dikampus jika pengalaman ini tidak ditumpahkan dalam pentas masyarakat dalam keadaan yang mereka ingini.

Kita jangan terkejut jika pemimpin PMI ada yang menyertai BN atau pembangkang. Kita harus bangga kerana mereka mampu membuktikan pada dunia bahawa mereka bukan sekadar pemimpin kecil didalam kampus.

PMI sebagai agen PAS didalam kampus merupakan idea yang tidak jelas dan progresif. Seharusnya kita memahami bahawa kewujudan PMI itu adalah untuk memperjuangan Hak Mahasiswa dan mengeluarkan pandangan bebas mahasiswa, khususnya untuk mahasiswa muslim dikampus. Ini berbeza dengan PAS yang banyak memainkan dan memperjuangan isu ?isu peringkat nasional serta antarabangsa dan kurang mengambil tahu tentang isu ?isu dalaman mahasiswa.

Hanya kerana idea dan dasar mereka sama, iaitu perjuangan membela umat Islam maka ramailah kalangan kita yang melabelkan PMI itu PAS, dan PAS itu mentor mereka. Lupakah kita bahawa kebanyakan ahli PMI yang keluar dari kampus tidak semuanya menyertai Politik PAS. Ada yang memilih jalan hidup terasing dari dunia politik, ada yang menyebelahi BN dan ada yang menyertai parti pembangkang lainnya.

Perjuangan mahasiswa didalam kampus tidak bertujuan untuk mengejar pangkat. Tanyalah pada mana ?mana bekas pimpinan kampus, adakah mereka pernah dibayar untuk memegang jawatan, berdemontrasi dan sebagainya. Semua telah dilakukan atas dasar kemahasiswaan yang tulus dan tiada niat untuk menguntungkan diri sendiri.

Kesinambungan perjuangan kebanyakan pimpinan PMI bersama PAS diluar mungkin disebabkan oleh suasana yang tidak memihak mereka diluar. Pemimpin Kerajaan menolak mereka ketika di alam kampus hinggalah mereka bergelar graduan. Tetapi pemimpin PAS dilihat bijak untuk menarik mereka bagi menyertai politik PAS dengan instrument idea yang sama mereka melangkah jauh ke hadapan.

Kita lihat kepada pengalaman yang dilalui oleh Saudara Izwan Yusof (mantan Presiden PMIUM) yang gagal menempatkan diri dalam organisasi kerajaan, beliau akhirnya telah disambut oleh PAS dan diberikan pekerjaan serta tempat didalam PAS.

Jadi, siapa yang harus dipersalahkan dalam hal ini? Adakah pimpinan PMI yang telah di blacklisted oleh kerajaan harus dipersalahkan bila mereka terlibat dengan PAS setelah bergelar graduan? Adakah mereka bersalah bila terlibat dengan parti PAS yang telah membela nasib mereka? Adakah kita berhak memaksa mereka memilih jalan hidup seperti yang kita ingini?

Dalam sudut yang lain, kita juga tidak boleh menjumudkan pemikiran kita dengan menghalang pimpinan mahasiswa seperti PMI bergaul dengan masyarakat termasuklah ahli politik dari kerajaan atau pembangkang. Apa yang kita harapkan adalah keterbukaan minda dan hubungan harmonis antara pimpinan mahasiswa dengan pimpinan Negara yang ada tanpa mengira parti mana yang mereka terajui.

Terpulanglah pada pimpinan PMI untuk menentukan hala tuju mereka setelah melangkah keluar dari pintu gerbang universiti dan mengejar kedewasaan mereka bersama masyarakat. Ingatlah bahawa mereka tidak boleh menjadi pimpinan mahasiswa untuk selamanya, kerana pentas kecil ini tidak mampu untuk melaksanakan segala idea besar mereka. Diluar itulah pentas sebenarnya untuk kita melihat keikhlasan perjuangan mereka selama ini. Adakah mereka berjuang untuk mahasiswa dan rakyat? Lihatlah apa yang benar ?benar ada dihadapan mata dan bukannya cakap ?cakap orang di angin lalu.

Mengapakah gerakan mahasiswa seperti BBMN dan MPMI (dulu GAMIS) tidak mengkritik kepimpinan gerakan pembangkang? Apakah benar mereka di dalangi oleh pembangkang? Hal yang sama turut berlaku kepada Kelab Aspirasi yang kelihatan menjadi ‘Tukang Angguk?kerajaan/Umno?

Kenyataan ini tidak benar sama sekali. BBMN dan MPMI berdiri atas nama mahasiswa. Cuma cara dan corak gerakan mereka dilihat mirip kepada parti politik tertentu. Ini tidak dapat dielakkan kerana pemimpin Mahasiswa juga punyai idola tersendiri, sama ada mereka mencontohi pemimpin Kerajaan atau Pembangkang terpulang pada penerimaan masing ?masing.

Kalau disudut hiburan masing ?masing punyai citarasa muzik yang berbeza, begitu jugalah dengan pentas politik. BBMN dan MPMI yang kononnya dilihat tidak mengkritik kepimpinan gerakan pembangkang sebenar adalah satu tuduhan yang sempit. Teguran yang dilahirkan oleh BBMN dan MPMI sebenarnya tidak menempelak kerajaan UMNO semata, ianya harus dilihat dari pelbagai perspektif yang luas yang mana Parti PAS juga adalah kerajaan di kelantan dan menjadi sasaran teguran BBMN dan MPMI.

BBMN dan MPMI juga pernah menegur pimpinan pembangkang dalam isu mencerca dan menghina peribadi pimpinan UMNO dalam ceramah mereka, saranan ini disambut baik oleh pimpinan pembangkang. Pimpinan BBMN dan MPMI suatu ketika dahulu juga pernah duduk bersemuka dengan pimpinan kerajaan termasuk Perdana Menteri dan Tun. Dr. Mahathir bagi menyatakan idea mereka untuk kebaikkan Negara termasuklah dalam urusan perlaksanaan Pilihanraya Umum yang didesak supaya lebih telus.

Jadi tidak timbul soal bahawa pimpinan BBMN dan MPMI hanya memihak kepada kumpulan pembangkang sahaja. Keadaan ini berbeza dengan Kelab Aspirasi yang sememangnya ditubuhkan untuk menyokong dan melaksanakan dasar ?dasar kerajaan semata. Walaubagaimana pun mereka tidak bersalah selagi apa yang dibawa itu baik untuk Mahasiswa.

Apa reaksi anda mengenai budaya label-melebel di kalangan gerakan mahasiswa? Upamanya, BBMN (PAS), Dema (DAP), Karisma (JIM), PKPIM (ABIM), Aspirasi (Umno) dll. Sejauh manakah kesan budaya ini terhadap masa depan gerakan mahasiswa itu sendiri?

Inilah masalah gerakan mahasiswa sekarang. Mahasiswa telah berpecah mengikut juzuk tertentu dan gagal mewujudkan kebersamaan dalam memperjuangkan isu mahasiswa dan masyarakat. Kumpulan Aspirasi dilihat lebih cenderung kepada menyokong dasar ?dasar kerajaan BN walaupun ianya tidak menepati citarasa mahasiswa secara keseluruhannya.

Kita tidak pernah mendengar kumpulan aspirasi ini berjuang untuk memansuhkan AUKU dan Akta 174 yang hakikatnya turut menyekat kebebasan mereka juga. Mereka juga dilihat lebih pasif terhadap isu masyarakat tetapi lebih gemar memainkan isu kecil yang melingkari warga kampus seperti isu bas, isu bilik kuliah, isu kantin, kolej dan banyak lagi. Tapi itu adalah satu usaha yang baik dan harus diteruskan.

BBMN, DEMA, Karisma, PKPIM pula dilihat lebih terkehadapan dalam menguasai isu masyarakat. Pertubuhan ?pertubuhan mahasiswa ini lebih bersifat nasional dan telah diwujudkan melalui gabungan beberapa persatuan kecil dari beberapa kampus diseluruh Negara. Mengapa begitu? Sebenarnya kebanyakan pertubuhan ini meletakkan tugas menjaga kebajikan kampus melalui persatuan kecil yang bernaung dibawah mereka dan suara yang lebih kuat diperingkat nasional digerakan melalui kesatuan yang lebih besar.

Sikap label melabel ini merupakan penyumbang kepada perpecahan ini dan menyebabkan budaya politik dari luar dibawa masuk secara tidak sihat. Keadaan menjadi lebih teruk bila mana pihak Universiti turut berperanan mempengaruhi aktiviti politik kampus ini. Universiti yang gagal menunjukan sikap toleransi dan neutralisme seperti UiTM, UUM, UKM, UNIPUTRA, UM, UTM dan sebagainya telah menyebabkan mahasiswa berpecah dengan teruk.

Pihak universiti dilihat sebagai entiti yang pro-BN, maka secara tidak langsung mereka lebih menyokong kumpulan Aspirasi dan menganaktirikan persatuan lain yang tidak sehaluan dengan mereka.

Melihat kepada keadaan yang sebegini, pastilah masa depan gerakan mahasiswa yang sebelum ini lantang, telus dan matang akan malap. Pihak universiti dan parti ?parti politik seharusnya tidak mengongkong para mahasiswa dengan perundangan dan idelogi mereka. Gerakan mahasiswa tulen, sebenarnya lahir dari isi perut dan fikiran mahasiswa sendiri. Mereka bangkit bukan atas mana ?mana bendera parti, namun tidak salah jika mereka menyokong atau membantah ideologi mana ?mana parti seandainya bertembung dengan apa yang mereka bawakan. Kebebasan dan hak bersuara mahasiswa harus diiktiraf dan tidak dibelenggu oleh akta ?akta yang tidak pragmatik dan kuno seperti AUKU, AKTA 174, ISA dan beberapa lagi akta drakonian lainnya.

Jika anda mengikuti perkembangan politik kampus, menurut penelitian anda, adakah pilihanraya kampus bagi pemilihan MPP di IPTA boleh kita sifatkan sebagai telus, berjaya dan saksama? Di samping itu, adakah pengamalan pilihanraya kampus ini boleh menjadi platform terbaik untuk mahasiswa belajar akan erti demokrasi? Dan, apa komen anda terhadap prestasi MPP IPTA sekarang ini?

Melihat kepada pengalaman yang lalu dan situasi hari ini, ianya amat berbeza. Ketika saya ingin bertanding untuk menyertai MPP UiTM bagi sesi 1999-2000 dahulu, pihak universiti bersikap lebih terbuka untuk menerima mana ?mana pencalonan.

Keadaan berubah selepas itu, pihak universiti sudah mula membuat label tertentu dan mewujudkan pasukan tersendiri dari kalangan mahasiswa untuk menguasai MPP. Perkara yang sama berlaku dikampus lain. Kelompok yang digelarkan sebagai Group Aspirasi ini telah diberikan latihan khas melalui indoktrinasi BTN dan juga program membina daya kepimpinan anjuran HEP.

Strategi ini amat baik, kerana wujudnya usaha untuk melahirkan pemimpin mahasiswa yang terlatih. Namun kaedah pemilihannya adalah tidak adil kerana melibatkan kelompok yang disukai oleh HEP sahaja. Dimusim Pilihanraya pula, pihak Univerti seperti di UiTM dan UUM hanya menerima pencalonan dari calon ?calon yang mereka telah dilatih sahaja.

Mana ?mana calon yang tidak melalui program indoktrinasi HEP tidak akan disokong oleh pihak fakulti, sekaligus menyebabkan mereka tidak boleh menawarkan diri untuk bertanding walaupun mereka berkebolehan. Justeru itu, pilihanraya kampus kerap kali akan mewujudkan kemenangan tanpa bertanding.

Suasana ini akan menjejaskan demokrasi dalam politik kampus dan menyebabkan Izzah MPP yang kononnya memenangi pilihanraya kampus tidak kelihatan. Selain itu, taktik mengugut untuk membuang pelajar yang menduduki kolej atau asrama dan menyekat kebebasan mereka memilih calon menyebabkan calon Pro-Aspirasi boleh menang dengan cara yang mudah.

Keadaan sebegini akhirnya melahirkan pemimpin mahasiswa yang lesu dan menjadi talibarut HEP yang tidak membawa suara mahasiswa yang telus kerana mereka naik bukan kerana sokongan mahasiswa tetapi dipilih oleh HEP. Senario ini telah berlaku hampir 4 tahun lamanya dan menyebabkan demokrasi didalam kampus menjadi mandom.

MPP tidak berani bersuara kerana mereka terpaksa akur pada arahan HEP. Mereka terhutang budi pada HEP dan akhirnya menjumudkan gerakan mahasiswa hingga tidak berani menegur kelemahan dasar ?dasar kerajaan BN seperti isu kenaikkan harga minyak, Jarum dan kondom, Perobohan RTB di Terengganu dan lain ?lain yang menyusahkan mak bapak mereka diluar kampus dan di kampung ?kampung.

Jika keadaan ini dibiarkan berterusan maka, MPP yang ada pada hari ini tidak ubah seperti persatuan pengawas sekolah menengah sahaja. Pemimpin mahasiswa sebenar gagal dilahirkan, yang ada hanyalah tukang angguk dan pengampu HEP serta kerajaan.

Di kalangan gerakan mahasiswa Islam di kampus-kampus, mereka menunjukkan bahawa gerakan mereka seolah-olah anti-konsert. Konsert-konsert seperti Siti Nurhaliza, M.Nasir dll yang di adakan dalam kampus disambutnya dengan demostrasi. Inikah tanda kematangan gerakan mahasiswa Islam negara kita? Wajarkah hanya nasyid sahaja dibenarkan mengadakan persembahan di dalam kampus? Juga, benarkah persembahan kumpulan-kumpulan rock, pop, rap di dalam kampus boleh mengugat intelektualisme mahasiswa?

Mahasiswa sebagai golongan muda tidak boleh dipisahkan dari dunia hiburan. Namun kita amat khuatir pada budaya memuja artis dan penumpuan melampau terhadap dunia hiburan. Kewujudan kumpulan mahasiswa yang menolak penyanyi nombor satu Negara- Siti Nurhaliza atau artis yang bukan dari kelompok penasyid mengambarkan kelainan fikrah yang seharusnya diberikan perhatian.

Jika kita lihat, Siti Nurhaliza sebagai artis yang amat bersopan dan baik budi pekertinya seharusnya tidak menjadi sasaran boikot. Namun, kita juga perlu lihat bagaimana pula para peminat fanatik beliau yang memuja Siti secara keterlaluan hingga membanggakan Siti melebihi sunnah Rasulullah. Poster ditampal didalam bilik tidur, bilik air, dalam diari dan lain ?lain. Lagu ?lagu mereka dihafal sedangkan ilmu yang diajar oleh pensyarah hilang entah ke mana selepas musim peperiksaan.

Dalam hal sebegini, Siti, M.Nasir dan artis bersopan lainnya tidak bersalah cuma kita tidak mahu kehadiran mereka melalaikan mahasiswa dan menyebabkan mereka hanyut dalam impian untuk menjadi artis pula. Majalah hiburan dan gossip menjadi buku utama mereka sedangkan buku akademik dikesampingkan.

Hal yang sama patut dilakukan kepada mana ?mana kumpulan penasyid yang lebih dilihat mengutamakan keuntungan komersial dari membangunkan masyarakat kampus. Gejala negatif ini mungkin tidak menjejaskan prestasi semua pelajar tetapi kesan jangka panjangnya amat merisaukan. Keadaan ini akan melahirkan graduan yang hanya tahu bekerja dan berhibur sahaja tanpa memikirkan permasalahan serta pembangunan masyarakat secara terkehadapan.

Hiburan seharusnya menjadi metod pendidikan berguna dan tidak disalahgunakan untuk berhibur semata. Kita tidak mahu melihat masyarakat Mahasiswa hanyut dalam dunia khayalan dan fantasi hiburan semata.

Dalam pada itu, Mahasiswa perlu belajar bertoleransi untuk membenarkan hiburan dibawa masuk ke kampus bagi membentuk ruang riadah yang positif. Kita perlukan kebijaksanaan mahasiswa bagi menafsir dan memilih masa serta bentuk hiburan yang sesuai dengan imej Mahasiswa sebagai golongan intelektual yang menjadi rangsangan kepada pembangunan masyarakat di masa hadapan.

Dalam sebuah tulisan Ahmad Lutfi Othman, beliau menyifatkan mahasiswa negara memerlukan ‘korban?dalam perjuangannya; maksudnya korban dari kalangan aktivis seperti insiden Trisakti di Indonesia. Menurut hemat anda, adakah teori beliau ini ada kebenarannya ke arah mencetuskan perubahan politik negara yang lebih bermakna?

Tragedi Trisakti di Indonesia pada 12 Mei 1998 telah mengorbankan empat mahasiswa Trisakti, iaitu Elang Mulia Lesmana, Hery Hartanto, Hendriawan Sie, dan Hafidin Royan. Demonstrasi berdarah ini mengulangi sejarah hitam perjuangan Mahasiswa menuntut demokrasi di Medan Tiananmen, China pada tahun 1989 yang mengorbankan ribuan nyawa dihujung senjata api tentera pemerintah.

Di Malaysia, mahasiswa belum lagi melalui tragedi kejam sebegitu. Namun kita juga tidak terlepas dari ancaman Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang satu ketika dahulu pernah menguji kekentalan pemimpin mahasiswa seperti Anwar Ibrahim. Pada 5 dan 6 Julai, tahun 2001 pula, Sdr. Khairul Anuar Ahmad Zainuddin dan Presiden MPPUM Sdr. Mohamad Fuad Ikhwan telah menjadi mangsa kekejaman ISA.

Sebelum Itu, pada 8 Jun 2001, 7 mahasiswa (ISA 7 - Rafzan, Helman, Khairul Amal, Ahmad Kamal, Zulkifli, Nik Norhafizi dan Wan Sanusi) telah ditahan dibawah Akta Polis kerana dituduh menyertai Perhimpunan Haram membantah AKTA ISA.

Peristiwa ?peristiwa ini dilalui mahasiswa dalam dua perspektif berbeza. Kedua ?dua peristiwa yang berlaku di luar Negara telah berjaya membakar semangat Mahasiswa hingga berjaya menumbangkan regim pemerintah di Negara masing ?masing. Pengorbanan yang dilakukan oleh teman ?teman mereka disambut dengan semangat penuh setiakawan dan pengorbanan heroic ini telah menjadi inspirasi kepada kejayaan mahasiswa selepas itu.

Mengikut pemerhatian saya, secara jujur saya katakana bahawa di Malaysia, usaha Kerajaan mengunakan sistem perundangan dilihat amat berjaya dalam meredakan gelombang badai yang ditiupkan oleh idealisme mahasiswa. Penangkapan ISA 7 dan 2 orang lagi mahasiswa selepas itu, telah berjaya melongggarkan keyakinan dan semangat setiakawan mahasiswa.

Mahasiswa diracuni dengan ugutan dan ancaman. Keluarga pimpinan mahasiswa diganggu dan ditakut ?takutkan oleh pihak berkuasa. Universiti pula cuba membuang dan mengantung pimpinan mahasiswa yang dilihat terkehadapan dalam membantah dasar ?dasar kerajaan dan cenderung menyokong idea pembangkang.

Setelah hampir 4 tahun berlalu, semangat juang mahasiswa berada dalam paras kritikal. Mereka tidak melihat bahawa penglibatan mereka dalam adunan sebuah gerakan mahasiswa dapat menjaminkan kelangsungan masa depan mereka yang gilang ?gemilang. Gambaran masa depan yang suram yang kononnya menjadi balasan kepada pemimpin mahasiswa yang engkar serta enggan bersyukur dan berterima kasih pada kerajaan dijaja ke serata Negara.

Keadaan ini akhirnya berjaya melumpuhkan kegiatan apa yang kita gelarkan sebelum ini sebagai Gerakan Mahasiswa Lantang, Mahasiswa Pembela Rakyat dan sebagainya. Mahasiswa menjadi seperti tikus yang disuntik ubat pelali, lemah dan tidak bermaya. Dikurung didalam Universiti, dilarang bercakap tentang isu ?isu politik, diharamkan mendengar ceramah politik, pemimpin pembangkang diblacklisted dari memasuki kampus.

Secara keseluruhannya, Mahasiswa di Malaysia amat mudah ditakutkan berbanding mahasiswa diluar Negara yang lebih bersikap proaktif dan lantang dalam erti kata sebenar walaupun mereka juga menerima tekanan yang lebih teruk lagi. Mahasiswa Malaysia amat selesa umpama ayam yang diternak. Jika disembelih mereka mengikut, jika tidak disembelih mereka akan teruskan dengan aktiviti makan dan berak sahaja. Walaupun ada yang cuba bersikap seperti ayam kampung yang berani meredah setiap denak perjuangan namun mereka ?mereka inilah yang akhirnya terpaksa mengorbankan diri untuk meneruskan suara mahasiswa.

Justeru itu, mahasiswa Malaysia perlu bangkit dari kegagalan ini dan melihat dunia melalui skrin yang lebih besar. Untuk itu, mahasiswa Malaysia perlu berubah sikap sebagai golongan yang tidak mementingkan tali perut sendiri dan sedia untuk berjuang mempertahankan semangat setiakawan dan juga warga rakyat. Rakyat akan menghargai dan menyediakan tempat bagi pimpinan mahasiswa yang berani kehadapan dan melaungkan suara keramat mahasiswa menggugat yang sebelum ini menjadi simbol api perjuangan mahasiswa.

Kekuatan dan kebangkitan secara bersama semua kelompok mahasiswa di Malaysia sebenarnya mampu untuk menggugat Kerajaan dan juga massa, mahasiswa mampu untuk menjadi pencetus kebangkitan dan pembela rakyat. Cuma kini, kita perlukan ramai lagi mahasiswa yang berani tampil kehadapan untuk memimpin dan bersuara serta berkorban untuk rakyat.

Jika ada yang bertanya apakah yang akan mereka dapat setelah diri mereka dikorbankan…saya secara peribadi telah melalui pengalaman ini, dihumban ke lokap, dibicarakan selama 4 tahun, dinafikan hak sebagai pelajar dan digantung pengajian hampir 4 tahun lama. Pengalaman ini menjadi satu sejarah yang mendewasakan dan menguatkan lagi azam perjuangan saya. Berbekalkan keyakinan bahawa rezeki, dan ajal maut itu sudah tersedia sebelum diri ini dilahirkan, maka tiada apa yang saya perlu risauk


Posted at 03:21 am by Jerung Sakti
Make a comment  

Jun 23, 2006
LIPUTAN PENYELEWENGAN PILIHANRAYA KAMPUS 05 DI NTV7

Apabila menyorot kembali kenangan mengikuti proses pilihanraya kampus pada sesi lepas, saya merasa amat terkesan dengan segala bentuk penipuan, penyelewengan dan kebaculan yang dilakukan oleh pihak "ayahanda" dalam pilihanraya kampus pada sesi lepas. Bersama ini saya sertakan sedutan khas liputan penyelewengan pilihanraya kampus oleh pihak NTV7, bukalah mata, nilailah sendiri sesuai dengan kematangan umur masing-masing.

http://www.youtube.com/watch?v=eStxsYqFVBQ

"Suburkan kembali demokrasi kampus"

"Fight For Free And Fair Election"

MAHASISWA MENGGUGAT!!!

 


Posted at 01:04 pm by Jerung Sakti
Make a comment  

Jun 19, 2006
BUDAYA MENULIS SEBAGAI TANGGUNGJAWAB AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR

BUDAYA MENULIS SEBAGAI TANGGUNGJAWAB AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR

Oleh : Ummi Najibah Bt Tanuri

 

 

          Menurut Imam al-Qurtubi, Allah telah menjadikan amar makruf nahi mungkar sebagai garis pemisah di antara orang yang beriman dan orang munafiq. Ia menjadi ciri utama orang beriman iaitu amar makruf nahi mungkar. Pelaksanaan amar makruf nahi mungkar adalah wajib bagi setiap individu selagi tidak tertubuhnya badan atau pasukan yang betul-betul melaksanakan amar makruf nahi mungkar.

 

Firman Allah :

 

“ Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan, dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah. Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang yang berjaya. ”

 

          Kita sebagai umat Islam yang prihatin dan bertanggungjawab perlu melaksanakan tuntutan yang diperintahkan oleh Allah. Tuntutan tersebut perlu dilaksanakan dengan pelbagai cara atau bentuk. Salah satu cara atau bentuk bagi melaksanakan amar makruf nahi mungkar ialah dengan menjadikan budaya menulis sebagai tanggungjawab melaksanakannya.

 

          Melalui penulisan kita dapat menyampaikan kebaikan yang perlu dilakukan dan keburukan yang perlu dijauhkan. Kita seharusnya menjadikan bidang penulisan ini sebagai medan dakwah kita. Medan untuk kita berkata-kata dan berbicara perkara yang hak dan perkara yang batil. Hal ini kerana, kemungkaran yang berlaku sangat berleluasa umpama virus yang menyerang komputer.

 

          Bermacam-macam cara kita dapat menyampaikan amar makruf nahi mungkar melalui penulisan. Antaranya ialah melalui penulisan artikel yang mana kita dapat muatkan atau paparkan dalam majalah, akhbar ataupun dalam internet. Sebagai contoh yang dapat kita ambil di sini ialah kritikan dan teguran yang dilakukan oleh saudara Faisal Tehrani melalui internet terhadap satu filem di Malaysia. Beliau menegur dan menghina filem yang diarahkan oleh Yasmin Ahmad yang mana terdapat banyak perkara yang bercanggah dengan syariat Islam.

 

          Kita juga boleh menyampaikan penulisan melalui rencana atau berita. Memandangkan banyak penulisan sekarang terutama yang berbentuk berita banyak yang menyeleweng dari perkara yang sebenar. Justeru, kita sebagai orang yang faham dan mengetahui hakikat yang mana benar dan yang mana salah perlu menyampaikan dengan sedaya upaya agar masyarakat tidak berada dalam dilema pendustaan dan kejahilan.

 

          Selain itu, penulisan melalui teks atau karangan iaitu melalui penerbitan buku dan kitab-kitab juga dapat melaksanakan amar mafruf nahi mungkar. Contoh buku dan kitab yang terkenal ialah Fiqh Sirah hasil tulisan Syed Ramadhan Al-Buti, Ala Toriq ad-Dakwah hasil tulisan Ustaz Mustafa Masyhur, buku hasil pemikiran Al-Maududi dan sebagainya.

 

          Melalui budaya menulis ini kita dapat memahamkan orang yang masih tidak faham dan orang yang tidak mahu faham tentang Islam. Walaupun yang memberi kefahaman adalah yang Maha Kuasa, namun pokok pangkalnya kita sebagai hamba Allah yang faham tentang Islam perlu berusaha dalam menyampaikan kefahaman tentang Islam kepada manusia.

 

Firman Allah :

 

“ Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahitkan bagi manusia (supaya) kamu menyuruh dengan makruf dan melarang dari yang mungkar. ”

 

          Dalam melaksanakan amar makruf nahi mungkar, kita tidak perlu rasa gentar dengan pelbagai ancaman dan cabaran. Kita perlu berani menegakkan kebenaran. Lumrah dalam berdakwah ada rintangan dan penghalangnya. Masyarakat hari ini perlu disedarkan dari kelalaian dan kesedaran. Maka, melalui budaya menulis dapat menyedarkan manusia yang terus lalai dan leka dibuai arus budaya hedonisme. Bukan sahaja pembaca, malah sekaligus dapat menyedarkan dan mengingatkan kepada penulis sendiri tentang perkara yang disampaikan kepada pembaca.

 

          Budaya menulis ini kita perlu terapkan dan tanamkan kepada generasi muda agar bidang penulisan ini menjadi salah satu medan untuk kita melaksanakan amar makruf nahi mungkar. Kita mengharapkan usaha-usaha penulisan dapat dipergiatkan lagi dan diteruskan serta dapat melahirkan penulis-penulis Islam yang mampu berperanan melalui ketajaman penanya untuk melaksanakan amar makruf nahi mungkar serta melihat Islam kembali dihayati dalam erti kata yang sebenar.

 

Ummi Najibah Bt Tanuri

Akademi Pengajian Islam

Universiti Malaya


Posted at 01:48 am by Jerung Sakti
Make a comment  

Jun 4, 2006
STUDENT RIGHT DAY 8 JUNE 2006

Ayuh beramai-ajak..Ajak semua pejuang-pejuang
kebenaran!!!

Majlis Pelancaran Deklarasi Hak Asasi Mahasiswa
dan Penyerahan laporan penuh pencabulan
demokrasi dan hak asasi mahasiswa bagi tahun
2005/06

Tarikh : 8 jun 2006
Masa : 12 t/hari

Berhimpun di Masjid India,pada pukul 12t/hari, kita
akan berarak beramai-ramai ke SUHAKAM

HIDUP MAHASISWA !!!

STUDENT POWER !!!


Posted at 09:55 am by Jerung Sakti
Make a comment  

HARI HAK ASASI MAHASISWA MALAYSIA

Tanggal 8 Jun 2001 telah merakamkan satu lagi peristiwa hitam dalam gerakan mahasiswa di Malaysia. Seramai 7 orang mahasiswa Malaysia iaitu Sdr. Helman Sanutdin, Sdr. Ahmad Kamal Abd Hadi, Sdr.Zulkefli Idris, Sdr. Khairul Amal Mahmud, Sdr. Wan Mohd Sanusi Wan Mohd Nor, Sdr. Rafzan Ramly dan Sdr. Mohd Hafizi telah dituduh menyertai perhimpunan haram di bawah Akta Polis. Selain ditahan reman selama sehari semalam di lokap untuk disoal siasat oleh oleh pihak polis Cawangan Khas (SB) dan bahagian siasatan jenayah (CID), ketujuh-tujuh mahasiswa teraniaya ini jua terpaksa diikat jamin sebanyak RM2500 perseorang,. Mereka jua ada yang digantung pengajian dan ada yang nafikan hak menamatkan pengajian di IPT masing-masing di atas kesalahan yang disabitkan dengan pada Akta universiti Dan Kolej Universiti (AUKU). Peristiwa ini dikenali sebagai Kes ISA 7.

Ketujuh-tujuh orang mahasiswa tersebut terpaksa naik-turun mahkmah berkali-kali, bermula pada 15 Oktober 2002, 28 Februari 2002, 14 Mei 2002, 9 Julai 2002, 14 Ogos 2002 oleh mangsa ISA 7 memperlihatkan institusi mahkamah tidak efiksyen dan sengaja melengah-lengahkan perbicaraan kes ISA 7. Hasil bantahan awal peguam bela ISA 7 menyebabkan kes ini di bawa ke Mahkamah
Tinggi Kuala Lumpur. Tindakan Datuk Ghazali Yaakob, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menunda tarikh perbicaraan ke 25 Julai 2002 mengakibatkan sebanyak 500 mahasiswa Malaysia turun berdemontrasi ibu ibu negara
Malaysia demi melahirkan rasa tidak puas hati atas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Pada tanggal 25 julai 2002, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mewakili mahasiswa pelbagai IPT, etnik dan kepercayaan sebulat suara mengisytiharkan hari tersebut sebagai STUDENT RIGHTS DAY. Mahasiswa Malaysia akan berikrar akan meraikan hari tersebut saban tahun demi memperingati tokoh mahasiswa ISA 7 dan agar demokrasi Malaysia akan dipulihkan kembali.


Posted at 09:39 am by Jerung Sakti
Make a comment  

May 30, 2006
MARI SAMA-SAMA MEMBANTU PALESTIN!!!

Oleh : Maszlee Malik

Lewat persidangan "Ulama membantu rakyat Palestin" yang diadakan di Doha, Qatar tempohari, Dr Yusuf al-Qaradawi telah membuat beberapa tuntutan kepada ulama di seluruh dunia. Beliau yang juga merupakan presiden Perhimpunan Ulama Muslimin Antarabangsa (International Union of Muslim Scholars (IUMS) telah menyeru untuk para ulama memainkan peranan mereka. Beliau menempelak sikap para ulama yang hanya menghadkan diri mereka kepada persoalan fikah semata-mata. Menurut beliau, ulama mempunyai peranan yang besar untuk menggerakkan masyarakat berhubung isu-isu umat. Cadangan dan gesaan beliau ini telah disokong dan diperkemaskan lagi oleh para ulama yang bersidang pada persidangan tersebut yang telah berlangsung pada 10 Mei yang lalu.

Persidangan itu telah dihadiri oleh para ulama terkemuka dari seluruh dunia seperti Syeikh Salman al-Awdah dari Saudi, Syeikh al-Harith al-Dhari dari Iraq dan lain-lain lagi. Mereka telah meluluskan beberapa resolusi, antaranya ialah untuk menggembeleng para ulama di seluruh dunia untuk membawa isu Palestin ini sehingga ke akar umbi di negara muslim di seluruh dunia. Mereka juga bersepakat untuk menggembeleng tenaga mengerahkan umat Islam untuk mengutip dana demi membantu rakyat Palestin. Mereka juga menggesa bank-bank di negara Arab untuk menyalurkan bantuan kepada rakyat Palestin dan tidak tunduk kepada tekanan AS. Mereka juga menyeru agar negara-negara Arab dan umat Islam memboikot mana-mana bank yang tidak mahu menyalurkan dana ke bumi Palestin. Mereka juga telah meluluskan fatwa yang mengharuskan mengeluarkan wang zakat untuk disalurkan kepada umat Islam di Palestin.

Kesimpulannya, para ulama di seluruh dunia sekarang ini sedang aktif melancarkan kempen untuk membantu rakyat Palestin. Rakyat Palestin pada hari ini benar-benar hanya mengharapkan umat Islam agar bersama mereka untuk melalui fasa yang amat getir ini. Usaha jahat AS dan EU bersama rejim Zionis untuk menekan rakyat Palestin berterusan dijalankan. Kini, adalah menjadi tanggung jawab umat Islam di seluruh dunia untuk membantu saudara-mara mereka di Palestin. Adalah tidak wajar mereka berdiam diri sedangkan rakyat Palestin berterusan dihimpit ujian dan tekanan dari rejim Zionis. Kempen USD 1 seorang muslim sedang hebat berjalan di negara-negara umat Islam dan juga negara-negara Eropah oleh para muslimin di sana.

 Mereka juga telah meluluskan fatwa yang mengharuskan mengeluarkan wang zakat untuk disalurkan kepada umat Islam di Palestin.


Bagaimana di Malaysia?

Bagaimana pula para ulama di Malaysia?

Mengapa tiada suara dari para mufti berkenaan isu ini?

Mengapa tiada fatwa oleh Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung isu ini?

Mengapa tidak kedengaran suara persatuan-persatuan ulama dan guru-guru agama berhubung isu ini?

Di manakah JAKIM di dalam isu ini?

Ke manakah perginya jabatan-jabatan agama di dalam isu ini?

Mengapa diam membisu seribu bahasa?

Adakah para mufti-mufti kita masih pening memikirkan hukum Botox lagi?

Adakah JAKIM masih sibuk dengan isu-isu remeh seperti Wahabi dan sosej babi yang halal?

Adakah jabatan-jabatan agama sudah cukup berpuas hati dengan kerja menangkap basah sahaja?

Bagaimana pula para ustaz-ustazah?, imam-imam?, khatib-khatib Jumaat?, para ulama?, pakar-pakar agama?

Adakah mereka tergamak meninggalkan saudara mereka di Palestin berterusan ditekan dan dicekik oleh pihak Zionis, AS dan EU?

Di bawah ini disertakan saranan dan cadangan untuk para ulama dan agamawan di Malaysia untuk melakukan sesuatu untuk umat Islam di Palestin.

a) Bagi Majlis Fatwa Kebangsaan, mereka adalah sumber fatwa rakyat malaysia yang paling mempunyai autoriti. Adalah menjadi tanggung jawab mereka di saat yang getir ini untuk mengeluarkan fatwa berkaitan isu Palestin. Cukuplah dengan mereka mengeluarkan fatwa "WAJIB bagi rakyat Malaysia untuk membantu rakyat Palestin, walaupun RM1 seorang" ataupun fatwa "Harus mengeluarkan zakat untuk membantu rakyat Palestin di waktu ini".

 Jikalaulah, para ulama sedunia boleh bersidang dan meluluskan fatwa WAJIB membantu rakyat Palestin di saat ini, mengapa Majlis Fatwa Kebangsaan kita hanya diam membisu ?


Jikalaulah, para ulama sedunia boleh bersidang dan meluluskan fatwa WAJIB membantu rakyat Palestin di saat ini, mengapa Majlis Fatwa Kebangsaan kita hanya diam membisu. Adakah isu Palestin ini tiada kaitan dengan ruang lingkup kerja mereka?, atau juga mungkin mereka tidak tahu apa yang berlaku kini di Palestin? Kita sama-sama nantikan apakah langkah yang akan mereka ambil.

b) Para mufti di seluruh Malaysia juga mempunyai peranan di negeri masing-masing. Mereka berperanan untuk memacu isu ini di negeri masing-masing. Mereka juga diharapkan dapat mengeluarkan fatwa untuk rakyat di negeri masing-masing berhubung kewajipan membantu rakyat Palestin. Mereka juga berperanan untuk melancarkan kempen RM1 seorang muslim di negeri masing-masing. Jika perlu, libatkan Sultan dan Menteri-menteri besar untuk turut serta.

c) Jabatan-jabatan agama juga mempunyai peranan yang amat besar. Dengan jentera yang mereka ada, mereka boleh berperanan melancarkan program-program kesedaran dan melancarkan kutipan-kutipan derma untuk tabung Palestin. Penceramah-penceramah mereka juga boleh memainkan peranan menjadi agen menyebar luaskan kesedaran terhadap isu Palestin ini kepada masyarakat dan golongan akar umbi.

d) Para imam dan masjid-masjid juga tidak ketinggalan mempunyai peranan yang besar dalam hal ini. Khutbah-khutbah Jumaat, ceramah-ceramah, notis-notis, poster dan lain-lain usaha boleh digembelengkan melalui para imam dan masjid. Khutbah-khutbah Jumaat yang lesu boleh diserikan dengan isu umat yang mutakhir ini. Ceramah-ceramah Israk Mikraj nanti juga merupakan medan yang sesuai untuk dijadikan medan menyemarakkan isu ini.

e) Guru-guru agama juga mempunyai peranan mereka untuk menyuburkan isu ini di kalangan anak-anak murid mereka. Janganlah dikongkong kefahaman anak-anak murid tentang Islam hanya pada perkara-perkara berkaitan ibadat sahaja. Masyarakat perlu didedahkan kepada isu umat yang lebih global.

Para ulama dan agamawan di Malaysia sekelian,

Semoga apa yang anda lakukan nanti akan menjadi alasan untuk Allah memberikan syurga sebagai ganjarannya di akhirat nanti....

Dan ianya juga akan menjadi jawapan jika anda ditanyakan oleh Allah kelak, apakah yang telah anda lakukan untuk membantu umat Islam di Palestin dan juga untuk menyelamatkan Masjid al-Aqsa!


Posted at 10:27 pm by Jerung Sakti
Make a comment  

May 24, 2006
TAKUT PADA I.S.A KE TAKUT PADA TUHAN?

SAMBUTAN ULANGTAHUN GERAKAN MANSUHKAN ISA (GMI) KE 5

GMI yang ditubuhkan pada 2001 ketika sepuluh aktivis
reformasi ditahan di bawah akta ISA. Mereka yang
ditahan ketika itu ialah Ezam Mohd Noor, Saari Sungib,
Hishamuddin Rais, Tian Chua, Badaruddin Ismail, N
Gobalakrishnan, Ghani Haron, Raja Petra Kamarudin,
Badrulamin Baharom dan Lokman Noor Adam. Kesemua
mereka adalah para aktivis reformasi yang beepengaruh.

Dalam penghakiman yang dijatuhkan oleh Mahkamah
Persekutuan Malaysia, penahanan mereka itu tidak sah
dan mala fide (berniat jahat). Lembaga Penasihat ISA
juga berpendapat yang sama dan mencadangkan supaya
tahanan Reformasi tersebut dibebaskan.
   
Sah! ISA mala fide!
Sambutan Ulangtahun GMI ke 5
Bebaskan tahanan ISA, Mansuhkan ISA!
   
Sahutlah seruan...Datanglah beramai-ramai!!!

Tarikh : 27 Mei 2006
Hari    : Sabtu
Masa  : 9.00 mlm-11.00 mlm
Tempat : Dewan Sri Damai, Kelab Century Paradise,
Taman Melawati


Posted at 12:53 am by Jerung Sakti
Make a comment  

May 23, 2006
TAKUT PADA I.S.A KE TAKUT PADA TUHAN?

SAMBUTAN ULANG TAHUN GMI KALI KE-5

Tarikh : 27 Mei 2006
Hari    : Sabtu
Masa: 9.00 mlm-11.00 mlm
Tempat : Dewan Sri Damai, Kelab Century Paradise, Taman Melawati


ZAHIRKANLAH PENENTANGAN TERHADAP AKTA ISA YANG ZALIM, JIKA ANDA SEORANG MANUSIA YANG MEMPUNYAI HATI DAN AKAL YANG SIHAT...MENGAPA KITA BOLEH TAKUT KEPADA MANUSIA MELEBIHI KITA TAKUT AKAN KEMURKAAN ALLAH? DATANGLAH BERAMAI-RAMAI SEBAGAI BUKTI KECINTAAN KITA KEPADA KEADILAN SEJAGAT!!!


Posted at 09:37 pm by Jerung Sakti
Make a comment  

Previous Page Next Page