..:.:.:.:.:.:.:"Hidup Ini Adalah Keyakinan & Perjuangan, dan Perjuangan Mukmin Yang Sejati Tidak Akan Berhenti Kecuali Kedua Tapak Kakinya Telah Menginjak Pintu Syurga..." -Imam Ahmad Bin Hanbal-...:.:.:.:.:.:





Jerung Sakti

JERUNG SAKTI
MAHASISWA ISLAM
25 JANUARY 1986
20 TAHUN
TERENGGANU
017-2677140
Sebarang sumbangan artikel, idea dan saranan, sila hantar ke
sharkpmc@yahoo.com
   

<< August 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31








View My Stats

[ JIHAD PENA ]
















BINGKISAN ROHANI

PEWARIS KEILMUAN

MUJAHIDAH UIA

DISKUSI HATI

PARANG TUMPUL

THE ROAD NOT TAKEN

KOLEKSI BAHAN BACAAN HARAKI

MUNAWWARAH

[ GERAKAN MAHASISWA ISLAM ]








PKPIM

[ KEBANGKITAN INTELEKTUAL ]








.:fungkur's Network:. .:fungkur's Network:.





[ BEBASKAN PALESTIN!!! ]




[ GERAKAN ISLAM MALAYSIA ]








[ CINTAILAH ULAMA ]


ULAMA SILAM

Biografi Ulama

[ BERITA SENSASI ]


HARAKAH DAILY

SUARA KEADILAN

BERITA HARIAN

UTUSAN

MALAYSIAKINI

SUARAM

[ PELUANG PEKERJAAN ]


JOBSTREET

JOBS AND MORE

KAREER

JOBMARKET

STAR JOBS

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed




Aug 15, 2006
FESKUM 06 MELATIH KEUSAHAWANAN DI KALANGAN MAHASISWA?

Berada di Universiti Malaya, saban tahun kita dapat menyaksikan ribuan graduan bergembira meraih segulung ijazah yang diperolehi hanya sekali dalam seumur hidup, setelah didahului dengan kerja keras yang tidak mengenal putus asa.  Usia mereka menimba ilmu di universiti selama 3 ke 4 tahun berbayar akhirnya, sebagai pasport utama memasuki alam pekerjaan selepas ini. Saya merakamkan ucapan syabas kepada para graduan yang telah menempuh alam universiti yang serba mencabar ini dan saya mendoakan mereka berjaya dalam lapangan masing-masing.

 

Apa yang pasti, penganjuran Festival Konvokesyen Universiti Malaya ( FESKUM 06 ) pada kali ini dimeriahkan lagi dengan penglibatan mahasiswa Universiti Malaya dalam bidang perniagaan, iaitu dengan membuka gerai-gerai menjual pelbagai barangan dan perkhidmatan seperti makanan, pakaian dan sebagainya. Gerai-gerai yang dikelolakan mengikut persatuan masing-masing seperti persatuan-persatuan anak negeri, kelab-kelab, kolej-kolej kediaman serta persatuan beridentitikan agama telah menjadi medium yang tepat mengasah kemahiran dan nilai tambah yang mungkin tidak diperolehi di dewan-dewan kuliah. Di samping itu, terdapat juga pihak-pihak luar membuka gerai yang seterusnya menambahkan kerancakan persaingan. Usaha ini merupakan usaha yang positif ke arah melahirkan mahasiswa yang cekap dan mahir dalam bidang keusahawanan, di samping menerapkan akhlak dan nilai terpuji melalui komunikasi yang  baik di kalangan peniaga.

 

Jika kita menyorot kembali penganjuran FESKUM iaitu sejak dahulu lagi, kita dapat melihat bahawa medan FESKUM merupakan landasan yang baik dalam usaha melatih mahasiswa mendalami ilmu-ilmu keusahawanan, kerana jika diamati, kita akan mendapati bahawa proses pembentukan modal insan sebenarnya berjalan seiring dengan proses mahasiswa berinteraksi dengan persekitarannya. Walaubagaimanapun, sejak akhir-akhir ini, saya dapat melihat bahawa terdapat beberapa persoalan yang wajar dinilai kembali dengan minda yang kritis dan telus, untuk kebaikan bersama. Persoalan utama yang saya ingin lontarkan ialah adakah penganjuran FESKUM pada kali ini bertujuan melatih keusahawanan di kalangan mahasiswa atau menjadi medan bagi pihak universiti mengaut keuntungan yang banyak? Ini kerana menurut tinjaun saya sepanjang minggu sambutan FESKUM, saya menerima banyak respon negatif bukan sahaja dari pihak mahasiswa, bahkan dari pihak luar yang menyuarakan ketidakpuashatian mereka terhadap bayaran cagaran yang mahal dikenakan bagi setiap gerai. Mereka mendakwa bahawa harga yang dikenakan terhadap mereka tidak setimpal dengan kemudahan tapak gerai yang begitu minima. Tiada apa-apa meja atau kerusi tambahan yang dibekalkan, hanya sebuah canopy yang diberikan. Hanya sebuah canopy untuk RM1200. Adakah ianya berbaloi?

 

Selain itu, mereka juga mengadu bekalan elektrik sering putus dan ini menyukarkan mereka kerana apabila setiap kali bekalan terputus, operasi perniagaan mereka akan terjejas lebih-lebih lagi kepada peniaga yang menggunakan alatan elektrik seperti pengisar dan sebagainya. Ini seterusnya akan menyulitkan pelanggan yang terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan perkhidmatan. Usaha untuk mengembalikan bekalan pula tidak ditangani dengan baik oleh pihak penganjur FESKUM, seolah-olah nasib peniaga tiada kena mengena dengan pihak mereka. Dalam mana-mana pengurusan program sebesar ini, kelalaian pihak penganjur melantik individu menguruskan hal ehwal luar jangkaan seperti ini, merupakan satu kesalahan besar kerana ia membabitkan soal pengurusan yang cekap dan teliti. Jika para peniaga, terutamanya mahasiswa dilayan seperti ini oleh pihak universiti, yang bukan sahaja mengenakan bayaran cagaran yang melebihi sepatutnya, malah tidak menyediakan kemudahan yang setimpal dengan harga yang dibayar. Ke manakah perginya duit tersebut sekiranya tidak dibelanjakan oleh pihak penganjur untuk menyediakan kemudahan di tapak gerai?

 

Bagaimanakah perkara ini boleh berlaku? Adakah pihak universiti benar-benar serius dan ikhlas memberi peluang kepada mahasiswa menjalankan perniagaan? Kritikan ini bukanlah bertujuan menjatuhkan kredibiliti pihak universiti, tetapi dilontarkan sebagai suatu pandangan yang perlu diperbaiki agar menepati objektif kedua Universiti Malaya iaitu melahirkan graduan yang berkualiti tinggi. Saranan saya kepada pihak penganjur FESKUM agar dapat mengambil perhatian terhadap isu-isu yang saya bangkitkan ini. Segala kepincangan yang berlaku harus diperbetulkan buat kebaikan bersama. Saya berharap agar penganjuran FESKUM pada tahun hadapan akan dapat dikendalikan dengan lebih baik agar menepati matlamat membentuk mahasiswa yang berkemahiran dalam bidang keusahawanan, walau apa jua latar belakang pengajian mereka.

 

 

AHMAD SHAKIR BIN SALLEH,

SETIAUSAHA,

UNIVERSITY of THINKER ( UNITE )


Posted at 05:21 am by Jerung Sakti

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry